Permohonan Dan Harga Lesen Motor 1Malaysia Terkini

Tahukah anda bahawa individu yang berusia 16 tahun ke atas yang kebanyakannya pelajar sekolah boleh mengambil dan memiliki lesen menunggang motorsikal dengan kos yang lebih rendah dengan adanya program myLesen yang dilancarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini.

Dalam program myLesen ini anda boleh mendapatkan lesen menunggang motorsikal dengan kadar bayaran yang lebih murah berbanding harga biasa.

Sebagai informasi anda harga biasa untuk lesen menunggang motorsikal berkapasiti bawah 250 cc (kelas B2) biasanya dalam RM350.

Melalui program myLesen atau secara popularnya juga dikenali sebagai 'lesen motor 1Malaysia' harganya adalah jauh lebih rendah. Ini untuk membolehkan mereka yang dalam golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan lesen menunggang motorsikal.

Ini untuk mengurangkan jumlah penunggang motorsikal tanpa lesen yang berada di jalanraya.

Program myLesen atau lesen motor 1Malaysia ini merupakan usaha JPJ untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya kerana mereka yang mengikuti program myLesen ini akan diajar cara-cara penunggangan motorsikal yang selamat dan juga undang-undang jalan raya.

Program myLesen atau lesen motor 1Malaysia ini merupakan satu usaha dan program yang baik dan wajar mendapat sokongan orang ramai.

Kadar bayaran myLesen / 1Rakyat 1Lesen / Lesen Motor 1Malaysia

Kadar bayaran untuk myLesen termasuk GST ialah RM299 jauh lebih rendah berbanding harga biasa.

Maklumat am syarat dan cara memohon program myLesen

Sila rujuk maklumat di bawah mengenai syarat dan cara memohon program myLesen / 1Rakyat 1Lesen atau lebih dikenali dengan meluas sebagai lesen motor 1Malaysia.
Syarat dan cara memohon Lesen Motor 1Malaysia sebagai panduan kepada yang berminat mengikuti program myLesen
Add caption
Cara memohon dan mendaftar myLesen

Individu yang berminat untuk menyertai program myLesen boleh mendapatkan borang permohonan, melengkapkannya dan menghantar borang permohonan Program myLesen JPJ bersama dengan dokumen sokongan yang berkaitan dan diperlukan ke mana-mana institusi memandu yang anda suka dan terdekat dengan anda.

Untuk mengetahui bila program myLesen atau lesen motor 1Malaysia ini dibuka anda bolehlah selalu melawat page Facebook JPJ.

Anda juga boleh download Borang MyLesen '1Rakyat 1Lesen' di SINI

Jika anda hendak membuat semakan sekolah memandu yang terdekat dengan anda yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan myLesen anda boleh download senarai sekolah memandu di Malaysia di SINI.

Anda juga boleh menghubungi sekolah memandu atau pejabat JPJ yang terdekat dengan anda.

Kepada yang belum memiliki lesen menunggang motorsikal yang sah anda digalakkan mendapatkan lesen dengan segera untuk kebaikan dan keselamatan anda.
Load disqus comments

0 ulasan