Panduan Dan Tarikh Peperiksaan UPSR Terkini Untuk Pelajar

Peperiksaan UPSR tahun ini semakin hampir. Ada baiknya kami tulis sedikit maklumat dan panduan untuk pelajar menghadapi peperiksaan UPSR supaya anda lebih bersedia dan tenang menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) nanti dan seterusnya mendapat keputusan yang baik.

Sila teruskan membaca mengenai tarikh dan panduan peperiksaan UPSR di bawah untuk rujukan anda kelak.

Panduan dan tarikh peperiksaan UPSR untuk pelajar

Tarikh Peperiksaan UPSR

Perkara utama yang harus anda buat ialah dengan mendapatkan tarikh peperiksaan UPSR tahun ini. Dengan itu anda boleh menyediakan ulangkaji dan belajar berpandukan tarikh peperiksaan UPSR tahun ini.

Ada berberapa tempat dimana anda boleh mendapatkan tarikh peperiksaan UPSR tahun ini. Ianya boleh diperolehi dari laman webportal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau anda boleh download Jadual Peperiksaan UPSR.

Untuk memudahkan anda, anda juga boleh membaca jadual peperiksaan UPSR yang lengkap di SINI.

Panduan Am menduduki peperiksaan UPSR

Sedikit panduan menduduki peperiksaan UPSR. Antaranya ialah pelajar WAJIB menduduki semua kertas peperiksaan yang didaftar. Jika anda tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan anda akan dianggap TIDAK HADIR untuk mata pelajaran berkenaan.

Selain itu anda juga mesti membuat semakan butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum hari menduduki peperiksaan. Anda boleh meminta bantuan guru darjah anda untuk perkara ini. Jika terdapat kesilapan anda mesti maklumkan pihak sekolah anda dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat calon. Terdapat bayaran sebanyak RM30 akan dikenakan untu proses ini.

Anda juga dinasihatkan untuk membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR dan menandatangani Borang Pengakuan Calon

Anda boleh download Panduan Menduduki Peperiksaan UPSR di SINI.

Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pihak sekolah anda supaya semua perkara berkenaan dengan peperiksaan UPSR anda dapat dikemaskini secara teratur untuk mengelak sebarang kesilapan yang boleh mendatangkan kesulitan kepada anda semasa hari menduduki peperiksaan UPSR nanti.

Kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan tahun ini diharapkan panduan dan tarikh peperiksaan UPSR ini dapat sedikit sebanyak membantu anda.
Load disqus comments

0 ulasan