PANDUAN Cara Buat SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR Online Dan SMS

Pelajar yang telah menduduki peperiksaan UPSR tahun ini boleh membuat semakan keputusan UPSR mereka melalui online atau SMS. Berbanding pada masa dulu, pelajar perlu datang ke sekolah asal anda untuk mengetahui keputusan UPSR anda. Kini tidak perlu lagi.

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mempermudahkan proses semakan keputusan UPSR dengan memperkenalkan sistem semakan online dan juga melalui SMS.

Membuat semakan kini berada dihujung jari anda, di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja selepas keputusan UPSR diumumkan kelak. Ianya lebih pantas dan mudah.

Semakan Keputusan UPSR online

Semakan Keputusan UPSR Online

Untuk membuat semakan melalui online, anda hanya perlu melayari laman webportal Semakan UPSR Online dan ikut arahan yang terpapar pada laman tersebut.

Untuk berbuat demikian anda memerlukan Angka Giliran (AG) UPSR anda. Adalah dinasihatkan anda sentiasa menyimpan AG UPSR anda untuk kegunaan menyemak keputusan dan juga memohon ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) nanti.

Webportal untuk semakan keputusan UPSR online ini biasanya akan diaktifkan pada hari keputusan UPSR diumumkan secara rasminya.

Selepas anda membuka webportal tersebut anda perlu isikan Nombor Kad Pengenalan anda dan Angka Giliran pada ruangan yang disediakan.

Semakan melalui online ini hanya akan memaparkan ringkasan keputusan UPSR yang telah anda perolehi dan keputusan yang lengkap anda boleh ambil di sekolah asal anda.

Semakan Keputusan UPSR melalui SMS

Cara ini paling mudah kerana anda tidak memerlukan perkhidmatan internet. Ianya memang cepat dan pantas.

Semakan Keputusan UPSR 2017 Online exam result Dan Short Message System (SMS)
Untuk membuat semakan anda hanya perlu ikut arahan di bawah.

Semakan SMS: Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Semakan Keputusan UPSR melalui SMS

Sememangnya semakan keputusan UPSR melalui SMS sering menjadi pilihan popular pelajar-pelajar lepasan UPSR.

Anda juga boleh membaca maklumat lebih terperinci bagaimana membuat semakan keputusan UPSR secara online dan SMS di SINI

Untuk mendapat slip keputusan UPSR anda anda perlu pergi ke sekolah asal anda. Dewan sekolah untuk penyampaian keputusan biasanya akan dibuka bermula pukul 10 pagi pada hari keputusan UPSR diumumkan.
Load disqus comments

0 ulasan