Maklumat Dan Cara Permohonan Biasiswa MARA Lepasan SPM

Ada ramai yang email kami mengenai bagaimana untuk membuat permohonan Biasiswa MARA untuk pelajar lepasan SPM. Sebenarnya soalan ini memang agak sukar dijawab. Ini kerana pihak MARA sentiasa ada buat perubahan sama ada akan bagi biasiswa atau tidak. Berberapa tahun kebelakang ini pun kita mendapati bahawa pihak MARA belum membuka portal online untuk para pelajar boleh memohon pinjaman pendidikan MARA.

Apa pun kami percaya dari masa ke semasa pihak MARA bergantung kepada kemampuan kewangan dan peruntukan dari pihak kerajaan MARA akan menawarkan biasiswa kepada pelajar lepasan SPM yang cemerlang.

Syarat Biasiswa / Pinjaman Pelajaran MARA

Sebelum anda membuat permohonan untuk biasiswa atau pinjaman pelajaran MARA anda harus baca dengan teliti Syarat Am dan Syarat Akademik di bawah. Ini untuk mengurangkan kekeliruan dan menambah maklumat untuk anda mengemukan permohonan kepada pihak MARA.

Maklumat-maklumat ini kami petik dari blog Pendidikan Malaysia. Anda boleh melawat blog tersebut untuk lebih detail atau anda boleh berhubung terus dengan pejabat MARA yang terdekat dengan anda untuk maklumat terkini.

Ini kerana menurut pengalaman berberapa pemohon terdahulu syarat-syarat ini biasanya mengalami sedikit perubahan dari masa ke semasa bergantung kepada objektif dan misi pihak MARA.

SYARAT-SYARAT AM

1. Mesti Bumiputera warganegara Malaysia.
2. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana badan penganjur atas sebabseba tindakan disiplin.
3. Tidak pernah dianjur oleh mana-mana badan penganjur lain diperingkat pengajian yang sama.
4. Mendapat pelepasan kontrak jika pernah ditaja oleh badan penganjur lain.
5. Mendapat penggantungan atau pelepasan jawatan atau kebenaran bertulis dari majikan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan.
6. Diperakui sihat dan normal oleh panel doktor yang bertauliah.
7. Mesti lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPMV.
8. Tidak pernah diberhentikan pengajian atas sebab GAGAL bagi pengajian terdahulu. (Penalti satu semester dan permohonan pinjaman hanya akan dipertimbangkan pada semester kedua)

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

1. Syarat kelayakan akademik pinjaman pelajaran MARA adalah sebagai panduan bagi anda yang ingin memohon pinjaman pelajaran MARA setelah ditawarkan tempat pengajian di Kolej Poly - Tech MARA.
2. Kelayakan akademik untuk memohon pinjaman pelajaran MARA bagi yang menggunakan Sijil / Pra Diploma / Diploma (yang diiktiraf oleh kerajaan) ialah mendapat sekurang-kurangnya CGPA 2.00 ke atas.
3. Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan boleh memohon kemudian
menggunakan keputusan peperiksaan semester atau tahun (mengikut struktur program) dengan mendapat CGPA 2.00 dan ke atas atau yang sama nilai dengannya.
4. Bagi permohonan pinjaman yang menggunakan kelayakan selain dari SPM seperti contoh menggunakan sijil / diploma atau lain-lain kelayakan yang dibenarkan oleh MARA perlu juga mendapat kredit dalam subjek Bahasa Melayu diperingkat SPM/SPMV. Kursus (Kod Kursus) Syarat Kelayakan Akademik Pinjaman Pelajaran MARA Sijil Sains Komputer KPTM (SSK1) Pinjaman tidak disediakan bagi kursus ini, walaubagaimanapun pelajar yang lulus dan tamat kursus ini, dan ingin menyambung pengajian peringkat diploma boleh memohon pinjaman MARA dengan menggunakan keputusan sijil tersebut (CGPA 2 dan keatas) serta kredit dalam subjek Bahasa Melayu diperingkat SPM/SPMV.
a. Matrikulasi The Institute of Chartered Secretaries and Administrators – ICSA (MT01)
b. The Institute of Chartered Secretaries and Administrators – ICSA (FN01)
Lulus SPM dengan mendapat 3 kepujian termasuk :
Kepujian Bahasa Inggeris, Matematik dan 1 subjek lain
Matrikulasi ICSA dari kolej-kolej yang diiktiraf
ATAU
STPM dengan 2 Prinsipal serta 3 kredit peringkat SPM/ GCSE/ GCE
Ordinary Level termasuk kredit dalam Bahasa Inggeris.
Kursus (Kod Kursus) Syarat Kelayakan Akademik Pinjaman Pelajaran MARA

• Program-program Diploma Kolej
Poly-Tech MARA (CS110,AC110,
UPM1, DBIT-COV1, DCS-COV2,
CSM1, BM111, EC110, EE111,
DAC213, DBM223, DIM , DSRKBP,
DSRKAS, DTMAS & DTMBP
Lulus SPM dengan mendapat 5 kepujian termasuk : Kepujian Matematik Kepujian 4 subjek lain (tidak termasuk Bahasa Inggeris) dan Lulus Bahasa Inggeris

• ACCA Certified Accounting Tech
(PP02)
Lulus SPM dengan lima (5) Kepujian termasuk:
• Kepujian Bahasa Malaysia
• Kepujian Matematik/Matematik Tambahan
• Kepujian tiga (3) subjek lain
DAN
Lulus Bahasa Inggeris
ATAU
Sijil IPMa/Sijil Politeknik/KBM/ILP/ Sijil yang setaraf dan kredit subjek Bahasa Malaysia dalam SPM.
KPTM - ACCA

Profesional Accountancy
Association of Chartered Certified
Accountants- ACCA (PP03)
Lulus SPM dengan mendapat 3 kepujian termasuk :Kepujian Matematik, Kepujian Bahasa Inggeris
dan 1 subjek lain
Dan
Lulus STPM/ A-Level dengan 2 Prinsipal/ Diploma LCCI/ Diploma Perakaunan yang diiktiraf/ Ijazah Pertama yang diiktiraf dalam bidang yang berkaitan.

KPTM - MMU
Foundation in Management
(UP01)
Lulus SPM dengan mendapat 6 kepujian termasuk : Kepujian Matematik
Kepujian Sains/ Perdagangan/Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas 4 subjek lain (tidak termasuk Bahasa Inggeris)
dan
Lulus Bahasa Inggeris

KPTM - MMU
Foundation Information Technology
(UP02)
Lulus SPM dengan mendapat 6 kepujian termasuk :
Kepujian Matematik
Kepujian Matematik Tambahan/ Sains/ Fizik/Biologi/ Kimia/ Sains
Tambahan
4 subjek lain (tidak termasuk Bahasa Inggeris)
dan
Lulus Bahasa Inggeris
KPTM - MMU

Bachelor of Information
Technology (Hons) - Information
Systems Engineering (UB02)

Bachelor of Business
Administration (Hons) –
Management with Multimedia
(UB04)

SPM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kredit dalam subjek
Bahasa Melayu
Dan salah satu kelayakan berikut:
STPM dengan mendapat 3 Prinsipal (termasuk Kertas Am) atau
STPM dengan mendapat 2 prinsipal (termasuk Kertas Am) serta 2
Subsid atau

Diploma / HND/ Diploma IPMa dengan memperolehi CGPA 2.00
Kursus (Kod Kursus) Syarat Kelayakan Akademik Pinjaman Pelajaran MARA
KPTM-COVENTRY

Bachelor of Arts (Hons) in Business
Information Technology with
International Business (COV3)
Bachelor of Arts (Hons) in Business
Information Technology with
Accounting (COV4)

Bachelor of Science (Hons) in
Computer Science (COV5)
SPM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kredit dalam subjek Bahasa Melayu
Dan salah satu kelayakan berikut:
STPM dengan mendapat 3 Prinsipal (termasuk Kertas Am) atau
STPM dengan mendapat 2 prinsipal (termasuk Kertas Am) serta 2
Subsid atau
Diploma / HND/ Diploma IPMa dengan memperolehi CGPA 2.00

Nota : Syarat-syarat kelayakan akademik dan pendapatan yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak MARA.

Pinjaman MARA Untuk IPTS

Sebenarnya pinjaman pelajaran MARA tidak hanya ditawarkan untuk Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tetapi juga ditawarkan kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang memerlukan bentuan pembiayaan pengajian mereka.

Jika anda memerlukan bantuan berbentuk pinjaman pelajaran anda boleh memohon pinjaman pelajaran MARA. Walau bagaimanapun sila berhubung dengan pihak MARA untuk mendapatkan khidmat nasihat dan panduan.

Permohonan Pinjaman MARA

Pada satu masa dulu pelajar yang ingin memohon pinjaman pelajaran MARA hanya perlu menghantar permohonan online melalui laman portal http://eduloan.mara.gov.my/ tetapi portal in sudah berberapa tahun tidak dibuka untuk membolehkan permohonan baru dibuat melalui online

Kami telah membuat berberapa semakan dan bertanya terus dengan pegawai di pejabat MARA yang terdekat dan ini maklumat yang diberitahu. Pelajar yang berniat untuk memohon pinjaman pelajaran MARA perlu menghantar permohonan secara manual berserta surat rasmi permohonan dan dokumen-dokumen sokongan.

Surat permohonan ini dihantar terus ke ibupejabat MARA untuk diproses. Sekali lagi kami ingin mengingatkan bahawa anda digalakkan untuk bertanya terus di pejabat MARA yang terdekat dengan anda untuk mengetahui proses menghantar permohonan secara manual ini.

Selain dari maklumat di atas, perkembangan terkini ialah pelajar yang ingin memohon pinjaman pejaran MARA kini boleh memohon melalui skim baru iaitu MARA - Bank. Ini bermakna anda yang memohon skim ini akan berurusan dengan pihak bank dan MARA. Rasanya ini untuk memastikan pelajar yang membuat pinjaman perlu ditapis dengan teliti oleh pihak MARA tentang kemampuan membayar balik pinjaman.

Pinjaman pelajaran dalam skim MARA-Bank ini akan diproses dan dikawal selia oleh pihak bank. Prosesnya lebih kurang seperti memohon pinjaman peribadi dengan pihak bank, bezanya untuk skim ini ianya melibatkan pihak MARA.

Sekali lagi kami perlu jelas dan tegaskan bahawa berlaku banyak perubahan dalam masa-masa yang singkat. Oleh itu anda hendaklah merujuk terus dengan pihak MARA setiap masa dalam isu ini.

Skim Pelajar Cemerlang MARA

maklumat dan cara permohonan biasiswa Mara lepasan SPM

Majlis Amanah Rakyat MARA teruskan usaha dalam melahirkan modal insan yang memiliki sahsiah jati diri tinggi dan terpuji melalui Program Pelajar Cemerlang SPM 2016 atau MARA Young Talent Programme (MyTP).

MyTP adalah penjenamaan semula Program Skim Pelajar Cemerlang SPM yang ditawarkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) setiap tahun.

Mara memberitahu program itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar cemerlang megikuti pengajian di peringkat persediaan dan diploma sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. "Mara sentiasa komited untuk melahirkan usahawan yang berkaliber, pemimpin korporat dan profesional serta manjadi modal insan kompeten bertaraf global," kata agensi itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini biasiswa, pinjaman dan skim pelajar cemerlang MARA anda digalakkan untuk selalu melawat laman webportal rasmi MARA.
Load disqus comments

0 ulasan