Cara Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Online Tanpa Beratur Panjang Di Bank

Anda rasa ada mempunyai Wang Tidak Dituntut dan anda rasa hendak menuntutnya sekarang. Baru-baru ini dilaporkan bahawa terdapat sejumlah wang terkumpul yang dikategorikan sebagai Wang Tidak Dituntut (WTD) di Malaysia. Antara soalan yang sering ditanya ialah dimana hendak membuat semakan Wang Tidak Dituntut? Menurut laporan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) terdapat wang tidak dituntut berjumlah RM5.7 bilion setakat ini.


Wang berjumlah RM5.7 bilion? Memang jumlah ini amat banyak. Ini adalah jumlah terkumpul setakat ini. Pemilik atau waris boleh menuntu wang ini melalui saluran yang disediakan olej JANM.

Mengapa ada Begitu Banyak Wang Tidak DiTuntut

Ya.. ini satu persoalan yang agak penting. Mengapa berlaku atau terjadinya WTD? Ada banyak penyebab mengapa jumlah WTD ini meningkat saban tahun. Antara penyebab utama ialah kesedaran dan pengetahuan mengenai perkara ini masih agak rendah dalam kalangan warga Malaysia.

Selain itu mungkin juga ramai yang beranggapan bahawa mengetahui maklumat lanjut dan lengkap mengenai perkara ini  tidak penting, apatah lagi jika anda menyedari jumlahnya hanya sedikit. Mungkin anda rasa menuntutnya hanya akan membazir masa dan tenaga anda. Tidak dinafikan ramai yang beranggapan demikian.

A. Kurangnya pengetahuan dan maklumat.

Antara sebab utama berlaku masalah adanya Wang Tidak Dituntut (WTD) ini ialah masyarakat kurang ilmu dan pengetahuan mengenai aspek perundangan berkenaan tuntutan harta.  Tidak ada program atau promosi berterusan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perkara ini. Isu ini hanya timbul baru-baru ini selepas Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengumumkan jumlah WTD yang terdapat dalam tanggungjawap mereka.

Kurangnya informasi dan promosi kesedaran mengenai isu ini menyebabkan ramai yang tidak tahu dan sedar akan hak dan kepentingan mereka menuntut harta sama ada ianya milik sendiri atau waris terdekat.

B. Kurang kesedaran umum

Memang agak jarang kita mendengar atau didedahkan dengan maklumat penting yang berkaitan dengan hak kita ke atas WTD. Mungkin kerana ini bukanlah sesuatu isu yang memudaratkan negara berbanding isu-isu berkaitan politik dan sebagainya. Kurangnya promosi umum sama ada melalui surat khabar, TV, radio dan sebagainya menyebabkan masyarakat tidak menyedari kepentingan isu ini.

Sebenarnya jika ada promosi besar-besaran dan jelas, kita percaya sudah tentu jumlah WTD tidak akan begitu banyak terkumpul setakat ini. Ini kerana ramai yang akan segera menuntut wang yang sepatutnya masih menjadi hak mereka ini.

Pendapat berberapa ahli bijak pandai dan berpengaruh cuba diperolehi untuk menjelaskan mengenai isu WTD ini. Menurut Pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Siti Mashitoh Mahamood terdapat kecenderungan yang mana masyarakat negara ini lebih suka mendapatkan maklumat mengenai ilmu kekeluargaan berbanding kepentingan bidang tuntutan harta.

Menurut beliau ini yang menyumbang kepada jumlah WTD sehingga lebih RM5 bilion. Pendapat ini memang ada kebenaranya.
“Jika masyarakat berterusan bersikap sambil lewa dan tidak mendalami ilmu mengenai bidang tuntutan harta maka akhir­nya kita dan waris akan rugi.

“Selain ilmu dalam bidang kekeluargaan, undang-undang tuntutan harta juga perlu dipelajari kerana ia melibatkan hak-hak pemegang harta. Masyarakat juga perlu rajin membaca dan jangan merasa terbeban dengan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan untuk menuntut hak sendiri,”
Beliau berpendapat bahawa walaupun tugas Pendaftar WTD bukan terletak di bawah tanggungjawap JANM tetapi ianya bukanlah satu kesalahan jika usaha mempromosikan Pendaftar WTD diperkenalkan kepada masyarakat dilakukan.
“Ada negara luar yang menggunakan medium Internet untuk membuat hebahan mengenai WTD kepada pemilik dan waris harta berkenaan. Perkara sama boleh dilakukan di negara ini untuk membolehkan pemilik sedar mengenai harta milik mereka yang masih ada dalam simpanan Pendaftar WTD,”
Demikian menurut pendapat Pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Siti Mashitoh Mahamood.

Cara Menuntut Wang Tidak Dituntut

Ok, sekarang anda sedar bahawa isu ini penting. Jika anda mempunyai wang tidak dituntut maka anda boleh membuat permohonan untuk menuntut wang tersebut. Anda boleh mengemukakan permohonan tuntutan dengan Jabatan Akauntan Negara (JANM).

Cara-cara membuat tuntutan adalah seperti berikut:

Jika anda mempunyai sejumlah WTD, dan hendak menuntutnya, maka bolehlah anda mengikuti langkah-langkah cara membuat tuntutan seperti yang dijelaskan di bawah.

1. Anda kena datang sendiri ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang terdekat dengan anda. Anda boleh menyemak lokasi dan alamat Jabatan Akauntan Negara yang terdekat dengan anda di webportal rasmi Jabatan Akauntan Negara (JANM)

2. Semasa datang ke pejabat JANM anda perlu membawa Kad Pengenalan diri anda. Pegawai akan membuat semakan baki wang yang dituntut di semua akaun bank terlebih dahulu.

3. Jika anda berhajat membuat semakan waris yang telah meninggal dunia, anda perlu membawa bersama dokumen Sijil Kematian, Sijil Perkhawinan dan surat sokongan yang menyatakan dengan jelas hubungan anda dengan waris.

4. Mungkin anda pernah memilik akaun bank yang telah ditutup tetapi masih mempunyai baki dalam akaun tersebut. Apa yang perlu anda buat ialah isi borang permohonan tuntutan WTD dan sertakan berberapa dokumen sokongan seperti salinan IC anda, surat pengesahan bank berkaitan, dan penyata akaun atau buku bank anda yang masih aktif untuk tujuan pembayaran WTD secara terus ke akaun bank anda yang aktif.

Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

Pada masa ini semua urusan tuntutan WTD boleh dibuat di mana-mana pejabat Jabatan Akauntan Negara (JANM) di seluruh negara.

Senarai dan lokasi JANM untuk panduan anda

Jika anda hendak berurusan dengan JANM mengenai WTD, berikut adalah senarai dan lokasi JANM untuk panduan anda.

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 1, Persiaran Perdana,
Presint 2,
62594 Putrajaya
Tel : 03 - 8882 1000
Faks : 03 - 8882 1042
Emel: maklumbalas[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Perlis
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis
Tingkat 3, Bangunan Persekutuan,
Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar, Perlis.
Tel : 04-976 2766
Fax : 04-976 2668
Emel: pneg_per[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Kedah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah
Aras G & 4, Zon C,
Wisma Persekutuan Anak Bukit,
06550 Anak Bukit, Alor Setar,
Kedah Darulaman.
Tel : 04-700 1000
Faks : 04-700 1011/1068
Emel: pneg_kdh[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Pulau Pinang
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang
Tingkat 42, KOMTAR,
10000 Pulau Pinang
Tel : 04-2555 500/501/502/503/504/505/506/507
Faks : 04-2555 577
Emel: pneg_png[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Perak
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak
Tingkat 5 – 9, Wisma Maju UMNO,
Jalan Sultan Idris Shah,
30990 Ipoh Perak.
Tel: 05 – 254 7304 / 254 7305
Faks: 05 – 241 1343
Emel: pneg_prk[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Selangor
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor
Bangunan Affin Bank,
Lot Presint 3.4, Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor
Tel : 03-55205200
Fax : 03-55105049
Emel: pneg_sgr[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Negeri Sembilan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sembilan
Tingkat. 10, Wisma Persekutuan,
Jalan Dato´ Abdul Kadir,
70990 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-768 6800
Faks : 06-761 9027
Emel: pneg_nsb[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Melaka
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Melaka
Aras 5, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan, Ayer Keroh,
75450 Melaka.
Tel : 06-289 5000
Faks : 06-234 5201
Emel: pneg_mlk[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Johor
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor
Tingkat 8 dan 11, Lot 20485,
Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek,
80720 Johor Bahru.
Tel : 07-224 9244
Faks : 07-223 9322
Emel: pneg_jhr[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Pahang
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang
Tingkat 4 & 5, Bangunan BSN,
Jalan Bank,
25000 Kuantan, Pahang.
Tel : 09-565 5802
Faks : 09-516 4931
Emel: pneg_phg[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Terengganu
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu
Tingkat 11, Wisma Persekutuan,
Jalan Sultan Ismail,
20594 Kuala Terengganu,
Terengganu.
Tel : 09-627 8200
Faks : 09-622 2137
Emel: pneg_trg[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Kelantan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Kelantan
Blok A Tingkat 1 & 2, Bangunan Kerajaan Persekutuan Jalan Doktor,
15990 Kota Bharu Kelantan.
Tel : 09-746 0200
Faks : 09-747 5484
Emel: pneg_kel[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Sabah

JANM Cawangan Negeri Sabah
Aras Bawah, 6 & 7, Wisma Perindustrian Jalan Istiadat,
Likas Beg Berkunci No. 2053
88594 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-8324 888 / 088-324 801
Faks : 088-210 828
Emel: pneg_kki[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Keningau
Rumah Persekutuan, Tingkat 2, Beg Berkunci No.5
89009 Keningau, Sabah
Tel : 087-331 245 / 339 960
Faks : 087-330 449
Emel: pcaw_kgu[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Tawau
Tingkat 4, Wisma Persekutuan,
Jalan Dunlop, Bandar Sabindo,
91000, Tawau Sabah
Tel : 089-775 620, 089-775 621
Faks : 089-773 688
Emel: pcaw_taw[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Sandakan
Sandakan Tingkat 2, Wisma Persekutuan
Beg Berkunci No. 6
90509 Sandakan, Sabah
Tel : 089-668331
Faks : 089-668384
Emel: pcaw_sdk[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Labuan
Persekutuan Labuan
Blok 4 Tingkat 5, Ujana Kewangan,
Peti Surat 80622,
87016 W.P Labuan.
Tel : 087-412 172 /413 195 / 414 255 / 087-413729
Faks : 087-419 536
Emel: pcaw_lab[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Sarawak

JANM Negeri Sarawak
Tingkat 6,
Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang,
Jalan Simpang Tiga,
93594 Kuching, Sarawak.
Tel : 082-254 144
Faks : 082-256 991
Emel: pneg_kch[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Sibu
Wisma Persekutuan Blok 1,
Jalan Awang Ramli Amit,
96000 Sibu, Sarawak.
Tel : 084-332 053
Faks : 084-323 824
Emel: pcaw_sib[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Sarikei
No. 2-3, Lorong Jubli Mutiara 2,
Jalan Bersatu,
96100 Sarikei, Sarawak
Tel : 084-654 032 / 654 043
Faks : 084-652 087 / 320 535
Emel: pcaw_srk[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Sri Aman
Tingkat 2 & 3, Blok 3, Wisma Persekutuan,
Fasa 2, Jalan Kejatau,
95000 Sri Aman, Sarawak.
Tel : 083-321 200 / 321 201 / 323 629
Faks : 083-321 200 / 321 201 / 323 629
Emel: pcaw_sri[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Kapit
Tingkat bawah & 1, Wisma Persekutuan
Jalan Kapit By -Pass,
96800 Kapit Sarawak.
Tel : 084-796 382 / 797 218 / 796 473
Faks : 084-797 620
Emel: pcaw_kpt[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Bintulu
Tingkat 2, Wisma Bintulu, Nombor 1,
Jalan Kidurong, 97007 Bintulu, Sarawak.
Tel : 086-312741
Faks : 086-312763
Emel: pcaw_btl[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Limbang
Tingkat 1-3 Lot 2002 LTD
Jalan Tarap
98700 Limbang, Sarawak.
Tel : 085-212 355 / 212773
Faks : 085-212 624
Emel: pcaw_lbg[at]anm[dot]gov[dot]my

JANM Cawangan Miri
Tingkat 4, Yu Lan Plaza,
Jalan Brooke,
98000 Miri, Sarawak.
Tel : 085-442 180
Faks : 085-423 103
Emel: pcaw_mir[at]anm[dot]gov[dot]my
Load disqus comments

0 ulasan