Tawaran Biasiswa UMW Holdings Berhad Untuk Pelajar Degree Di Universiti Tempatan

Tawaran Biasiswa UMW Holdings Berhad untuk pelajar peringkat Ijazah yang belajar di universiti tempatan di Malaysia. Jika anda sedang belajar di tahun pertama dan masih mencari biasiswa untuk pengajian anda, apa salahnya cuba memohon biasiswa ini untuk ringankan sedikit beban kewangan pengajian anda.

Biasiswa UMW Holdings Berhad untuk pelajar ijazah dalam negara

Biasiswa ini adalah ditaja oleh UMW Holdings Berhad untuk pelajar yang berumur tidak lebih 23 tahun dan sedang menjalankan pengajian peringkat ijazah di universiti tempatan di Malaysia.

Jika anda layak, anda boleh terus menghantar permohonan dengan download Boarang Permohonan Biasiswa UMW Online.

Syarat Kelayakan Dan Kursus Yang Ditaja

Sebelum anda download borang permohonan online yang disediakan sila semak dengan teliti syarat kelayakan memohon dan senarai kursus yang ditaja oleh biasiswa UMW Holdings Berhad. Ini untuk mengelakkan masa anda tidak terbuang dan juga untuk memudahkan anda mengemukan permohonan dengan tepat.

Tawaran Biasiswa UMW Holdings Berhad untuk pelajar ijazah dalam negara
Biasiswa UMW ini menawarkan tajaan berjumlah RM12,000 per annum meliputi bayaran yuran pendaftaran, tuition &  exam fees, kos buku dan sara hidup.

Tarikh Tutup

Sila hantar permohonan anda sebelum tarikh tutup berikut iaitu 11 October 2017.

Jika anda memerlukan maklumat lanjut sila layari portal rasmi Biasiswa UMW di http://www.umw.com.my/index.php/umw-scholarship-programme/

Kepada anda yang memohon kami ucapkan semoga berjaya!
Load disqus comments

0 ulasan