Kenyataan Media: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2017

Kenyataan Media: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2017. Rasanya maklumat ini agak penting untuk pengetahuan orang awam, warga pendidik dan juga calon-calon yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini. Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak KPM di portal rasmi mereka.

Daripada kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak KPM ini kita mendapati bahawa sebanyak 443,883 calon SPM akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Daripada jumlah itu 87.0% atau 386,331 pelajar adalah dari calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan diikuti oleh Calon Persendirian sebanyak 5.4% atau 23,886 pelajar.

Calon SPM dari Sekolah Menengah Agama Rakyat pula yang paling rendah iaitu 0.4% atau 1,976 calon sahaja.

Untuk membolehkan peperiksaan SPM tahun ini berjalan dengan lancar seramai 35,341 petugas peperiksaan akan bertugas di 3,363 pusat peperiksaan yang dibuka di seluruh negara.

Seperti yang anda sedia maklum bahawa peperiksaan SPM tahun ini akan berlangsung dari 6 November 2017 hingga 4 Desimber 2017. Pelajar yang akan menduduki peperiksaan diharap bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menduduki peperiksaan ini.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Semakan keputusan SPM tahun ini yang dijangka akan dikelurakan sekitar bulan March tahun depan.

Kepada calon-calon SPM tahun ini kami mengucapkan semoga berjaya!
Load disqus comments

0 ulasan