Tarikh Permohonan SBP 2018 Sekolah Berasrama Penuh KPM

Jika anda ingin memohon memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tentu anda akan tertunggu-tunggu bila permohonan online kemasukan ke SBP akan dibuka. Seperti mana yang diumumkan di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tarikh permohonan SBP 2018 akan di buka bermula 16 October - 19 November 2017.

Tarikh permohonan SBP Sekolah Berasrama Penuh KPM

Melihat kepada tarikh itu, tentunya ada banyak masa untuk anda mengemukakan permohonan anda memasuki SBP secara online.

Walau bagaimanapun sebelum anda memohon ada baiknya anda membaca dengan teliti panduan dan cara permohonan yang baik dan berkesan supaya permohonan anda mudah-mudahan akan berjaya kelak.

Jika anda ingin mengetahui cara dan panduan memohon kemasukan ke SBP kami sarankan anda melayari Panduan Dan Cara Permohonan Ke SBP-PendidikanMalaysia.com. Ada penerangan dan penjelasan terperinci di sana.

Mungkin anda tertanya-tanya apakah itu Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Sila baca sedikit penerangan di bawah mengenai SBP.
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (Fully Residential School) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PT3 (Menggantikan PMR mulai tahun 2014). Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris / ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terbatas kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali SBP Premier, SBPI dan SMAP. Secara kasarnya 90% adalah untuk pelajar bumiputera manakala 10% lagi adalah untuk pelajar bukan bumiputera.

Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa. Pada setiap tahun, sudah menjadi tradisi setiap sekolah berasrama penuh untuk bertanding di Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh bagi merebut Piala Perdana Menteri. Sumber: Wikipedia
Pada masa ini kita ada lebih kurang 78 buah SBP di seluruh negara. Walaupun angka itu kelihatan banyak, tetapi jumlah pelajar yang diterima adalah terhad. Sudah tentu pelajar yang akan diterima memasuki SBP adalah hanya mereka yang mempunyai latarbelakang akademik yang baik semasa UPSR dan PT3.

Walau bagaimanapun jangan lemah semangat. Anda boleh memohon dahulu bila tarikh permohonan SBP 2018  dibuka nanti. Diterima atau tidak itu letak tepi dahulu buat masa ini. Apa yang penting ialah memohon dahulu jika berminat dan berkeyakinan.

Kepada anda yang berminat untuk memohon dan perlukan maklumat lanjut anda boleh melayari Portal Rasmi KPM. Anda juga perlukan portal ini untuk memohon ke SBP nanti bila tarikh permohonan telah sampai dan dibuka nanti.

Kami mengucapkan semoga berjaya kepada yang memohon.
Load disqus comments

0 ulasan