Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Which idiot took that course anyway? Jenis SPM takde A

Mungkin isu dan tweet ini sudah lama tetapi mungkin masih releven untuk disorot semula dan difikirkan kembali terutama dalam bidang pengajian pendidikan awal kanak-kanak. Dalam tweet ini kelihatan tuan punya tweet seperti memandang rendah bidang kerjaya dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.


Seperti yang kita tahu bahawa kursus dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak semakin hangat dan disukai ramai oleh kebanyakan pelajar lepasan SPM di Malaysia. Ini mungkin kerana pertambahan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dan juga pertambahan jumlah institusi pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara sama ada yang dikendalikan oleh kerajaan mahupun oleh pihak swasta.

Apa pula pendapat anda mengenai tweet di atas yang mengatakan "Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Which idiot took that course anyway? Jenis SPM takde A" Tentu ramai yang kurang setuju.

Sepertimana respon dari Suuzy Yanna di bawah:
let me tell u all a story ..

saya seorang pelajar diploma jurusan pendidikan awal kanak-kanak di kolej swasta di KL . kalau nak ceritakan kelebihan ambik course ni mungkin still tak layak lagi . sebab saya baru semester 6 daripada 8 semester . still ada 2 semester . tapi , saya boleh ceritakan serba sedikit pengalaman diri sendiri bila ambik course ni . 
mula-mula ambik course ni dulu memang rasa tak dak hala tuju . rasa macam , "eh, kenapa aku ambik yang ni? macam la xdak course lain" . that time rasa rendah diri sangat bila tengok kawan-kawan semua ambik course yang besar-besar macam akaun (saya course akaun masa form 4 & 5), ekonomi , medik , engineering semua . kadang-kadang rasa menyesal ambik course ni . orang sekeliling pon selalu pandang rendah bila dapat tau saya amik course ni . depa pon selalu la tanya sambil buat muka sinis , "kenapa amik course tu ? minat budak ka ? nak jadi cikgu tadika ka ?" di sini saya nak bagitau dekat semua , memang dulu saya menyesal , tapi sekarang saya bangga saya ambik course ni . sebab semakin banyak ilmu yang saya dapat , semakin saya kagum dengan para guru and ibu bapa . childhood education jugak dah ubah hidup saya daripada tak suka budak (sebab saya tak ada adik) , tak boleh tolerate dengan budak , sampai saya rasa sayang sangat dengan budak and boleh cakap and handle perangai budak dengan sabar . dan untuk pengetahuan semua jugak, skop untuk childhood education jugak bukan hanya setakat jadi cikgu tadika . fyi, kami di sini belajar tentang semua benda , daripada baby dalam perut sampai ke alam remaja . daripada ilmu parenting sampai ke medik diteruskan dengan perubatan untuk orang-orang kurang upaya . tak lupa jugak , kami jugak belajar pasai bisnes . kami ada peluang kerja yang luas bukan saja cikgu tadika tapi penasihat kekeluargaan , pakar kaunseling , trainer fisioterapi , boss di tadika sendiri and macam-macam lagi yang berkaitan dengan kanak-kanak , penyakit kanak-kanak and psikologi sebab childhood education adalah tiket permulaan ke bidang psikologi . so , janganlah pandang cikgu tadika ni tak dak mata . jangan la berbangga kalau awak ambik course-course yang hebat sebab semuanya bermula daripada cikgu tadika . dia la yang mula ajar ABC 123 dekat kita sampai kita boleh berjaya sampai sekarang . btw , lelaki jugak janganlah nak perlekeh kengkawan lelaki anda yang ambik childhood education sebab honestly saya cakap , saya tabik lelaki yang ambik childhood education sebab lelaki yang ambik childhood education ada potensi jadi bapak yang baik untuk anak-anak depa nanti . bukan saya nak promot course ni . tapi ni based on pengalaman yang saya tengok daripada kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah lelaki saya sendiri . bukan la nak cakap laki yang tak ambik childhood education ni tak bagus . ada ja yang bagus . tapi sebab saya tengok sekarang ni ramai sangat yang suka perlekeh golongan macam kami (termasuk orang bawah tu) . sedangkan kita tak tau yang mungkin orang yang ambik childhood education ni lebih bagus daripada anda walaupun kerja depa biasa-biasa , gaji depa tak berkepuk macam anda . so , jangan la terlalu sombong dengan apa yang anda ada sebab Allah boleh tarik balik apa yang anda ada bila-bila masa ja . sekian tazkirah malam ni . semoga orang yang suka memperlekehkan orang lain tu diberi hidayah . btw , last but not least , untuk pengetahuan semua , kalau tak salah saya Malaysia sekarang dah buat syarat semua yang bakal jadi ibu bapa pergi kelas parenting sebab banyak sangat kes dera budak zaman sekarang . so , disini anda akan nampak , pentingnya course chilhood education zaman sekarang . terima kasih sudi luang masa membaca . selamat hari guru . hari-hari hari guru .

Sebaiknya kita jangan memandang rendah mana-mana bidang pekerjaan kerana semuanya mempunyai fungsi masing-masing. Seperti mana cerita mengenai President Amerika John F. Kennedy  ketika melawat NASA, beliau terserempak dengan sorang 'cleaner' yang sedang menyapu lantai lalu beliau bertanya "Apa yang sedang kamu buat ketika ini?"  Cleaner tersebut menjawap " Saya sedang membantu menghantar sesorang ke bulan". Semuanya ada fungsi masing-masing yang tidak kurang pentingnya.
Load disqus comments

0 ulasan