Jumaat, 28 Disember 2018

Buat Duit Online Tanpa Modal Dengan Affiliate Forex

Pernah anda terfikir nak cuba jana income online? Buat duit online tanpa modal dengan affiliate forex. Mungkin ramai berangan nak buat duit online tanpa keluar duit satu sen bukan?

Sebenarnya boleh, tetapi jika anda serius nak buat duit online, mungkin anda perlu belanja sedikit wang untuk beli domain name website dan juga masa dan tenaga anda.

Dalam kes ini kita berkongsi pengalaman buat duit online dengan XM Forex.

Tahukah anda ramai saja mereka diluar sana yang buat duit online sebagai affiliate marketer. Mereka cari satu produk kemudian mendaftar jadi affiliate produk tersebut dan promosikan link affiliate tersebut kepada orang ramai.

Anda akan mendapat bayaran komisyen untuk setiap transaksi yang berjaya.

Itu semua berlaku tanpa perlukan modal...tak perlu keluar modal.

Sebab itu antara cara buat duit online paling popular ketika ini tanpa modal ialah dengan menggunakan 'Affiliate Marketing' atau dalam Bahasa Melayu 'Pemasaran Affiliate'.

Affiliate Marketing?...

Mungkin pertanya pertama anda ialah 'apa itu affiliate marketing?' Yes...kami banyak menerima soalan ini melalui email dalam siri tutorial dan artikel kami yang terdahulu.

Antara artikel yang paling popular ialah 'Main Forex Boleh Kaya Ke?'

OK.. affiliate adalah proses penjualan produk kepada costumer menerusi platform online menggunakan pihak ketiga.

Kajian kes yang kami buat ketika ini, kami promosikan link affiliate XM Forex kepada orang ramai untuk mempelawa mereka menjadi forex trader.

Setiap client yang menjadi aktif forex trader di XM Forex kami akan dapat commision ke atas semua trading positions client yang kami refer kepada XM Forex tersebut.

Pulangan setakat ini amat baik, dan kajian ini kami anggap berjaya!

Bagaimana nak promosi affiliate forex nie?...

Ada banyak caranya...kuncinya anda nak atau tidak.

Semakin ramai client anda hantar kepada XM Forex dan menjadi aktif trader semakin banyak potensi commision yang akan anda dapat setiap minggu dan bulan.

Selagi mana trader itu masih aktif trading di XM Forex selagi itu anda terus menjana commision secara berterusan.

Bayangkan potensi income online anda jika anda mempunyai beratus-ratus aktif XM Forex trader yang anda refer ke XM Forex?

Untuk menjawabnya...cuba anda semak struktur commision yang akan XM bayar kepada anda di SINI.

OK..berbalik kepada cara untuk promote affiliate produk ini..ada bermacam cara dan kaedahnya.

Boleh saja anda promote secara berbayar, atau yang paling popular guna kaedah percuma. Dalam kajian kes kami untuk affiliate forex ini kami banyak guna promosi dengan kaedah tidak berbayar/percuma.

10 cara promosi link affiliate forex yang berkesan

Anda sudah mengambil keputusan untuk mencuba buat duit online dengan affiliate forex tetapi tidak tahu cara-cara yang baik untuk promosi link affiliate forex anda?

Jangan risau, perkara itu memang dihadapi ramai affiliate marketer. Berita baiknya kami ada kumpulkan (compiled) 10 cara promosi affilate forex anda.

Terpulang kepada anda untuk memilih dan mempraktikkan cara mana yang paling sesuai dengan anda dan berkesan.

1. Promosikan affiliate forex anda secara langsung.

Cara promosikan affiliate forex secara langsung iaitu dari mulut ke mulut adalah merupakan cara peengiklanan tradisional yang masih sangat berkesan sehingga sekarang. Ianya berkesan dahulu dan masih berkesan sekarang ini.

Cara yang paling mudah adalah memperkenalkan affiliate forex kepada kawan-kawan terdekat atau saudara mara secara langsung dengan pemberian maklumat atau brouchure.

XM Forex di laman web rasminya menyediakan banyak maklumat untuk pengiklanan yang ada boleh kutip dan masukkan dalam program promosi anda.

2. Promosi XM affiliate dengan kertas seperti risalah brochure, kad perniagaan atau banner.

Gunakan brochure atau banner untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang XM Forex dengan memberikan kepada rakan-rakan dengan meletakkan nama, nombor telefon atau website.

Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan untuk membina penjenamaan dan mengembangkan sesuatu perniagaan. Terpulanglah kepada kreativiti anda jika menggunakan cara ini.

3. Promosi perniagaan melalui Media Sosial

Media sosial seperti Facebook, Twitter, Instalgram, Linkedin, Foursquare, YouTube dan sebagainya adalah cara promosi affiliate marketing yang popular dan mudah kerana boleh dilakukan di rumah atau dimana-mana sahaja.

Kaedah pengiklanan melalui laman sosial mudah dilaksanakan dan kaedah yang percuma dan berkesan.

Perkenalkan XM Forex dengan menghantar maklumat/news serta kebaikkan keuntungan yang bakal dijana untuk keyakinan rakan laman sosial dengan menyertakan website, blog atau nombor telefon perniagaan.

Kaedah promosi melalui media soaial mempunyai banyak kebaikkan untuk membina kenalan baru yang baik dan ikhlas sambil pertukaran peluang perniagaan.

Tiga media sosial yang popular masa kini untuk mempromosikan forex affiliate ialah :

i) Promosi Forex Affliliate Di Facebook

Facebook adalah media sosial yang paling popular masa kini untuk pengiklanan XM Forex anda yang boleh dilaksanakan secara percuma atau berbayar. Pertama sekali mesti mempunyai akaun facebook.

Teknik percuma pemasaran forex affiliate melalui facebook adalah seperti berikut :

a) Paling penting adalah membina sebuah fanpage khas untuk produk anda.

Mula-mula sekali mesti bina FB fan page produk affiliate yang boleh dibuat secara percuma untuk membina rakan facebook perniagaan.

Cara bina FB Fanpage percuma, klik link  https://www.facebook.com/pages/create/. Melalui akaun facebook dan fan page ini seterusnya boleh dilakukan pengiklanan berbayar iaitu facebook ads yang akan diajar dalam artikel berikutnya.

b) Gunakan Wall Post

Wall post facebook digunakan untuk memasang ayat-ayat promosi dengan memasukkan link website atau nombor telefon perniagaan.

c) Gunakan Event

Isi keterangan ringkas tentang apa yang ingin anda sampaikan atau aktiviti yang ingin anda lakukan

d) Sampaikan artikel ringkas di dalam Note

Hasilkan artikel yang memberi informasi mengenai Affiliate yang ingin anda promosikan

e) Private message dan Chatting

Hantar mesej atau chatting dengan rakan-rakan FB secara beretika. Sambil berchatting selitkan beberapa link pengiklanan perniagaan atau website dengan kaedah Soft selling.

ii) Cara Promosi Produk Di Instagram

Instagram adalah platform pengiklanan bisnes popular kini selepas Facebook.

Buat atau create akaun instalgram untuk upload gambar produk affiliate anda serta butiran produk sambil membina followers.

Followers yang ramai amat penting untuk meningkatkan keberangkalian keberkesanan dalam promosi affiliate marketing anda.

iii) Promosi Produk melalui Youtube

Youtube adalah media soaial yang menggunakan video atau video bergambar.

Pembinaan Youtube membolehkan kita mempromosikan affiliate marketing dengan menyelitkan barangan perniagaan dalam sesuatu video youtube.

4. Promosi perniagaan berbayar dengan Fb ads, istalgaram, adwords dan sebagainya.

Mempromosikan perniagaan melalui pengiklanan berbayar seperti facebook, instalgram, adwords dan sebagainya adalah satu teknik pemasaran yang paling berkesan, namun perlukan modal dan teknik tertentu.

Pengiklanan berbayar dengan facebook ads akan saya ajar dalam artikel selepas ini.

5. Promosi forex affiliate Menerusi Website atau Blog

Pemasaran affiliate marketing menerusi website atau blog adalah bisnes online paling menarik, berkesan dan berkekalan.

Laman web atau blog adalah seperti kedai jualan online 24 jam yang memaparkan gambar produk, maklumat produk, borang tempahan, testimoni, cara hubungi dan sebagainya.

Blog boleh di bina secara percuma tanpa had dengan hanya memiliki akaun gmail. Blog percuma terbaik adalah blog wordpress atau blogspot, namun lebih seo adalah wordpress.

Website atau laman web produk affiliate adalah promosi perniagaan berbayar iaitu perlu sedikit perbelanjaan sewa tapak server dan domain.

6. Pemasaran atau Promosi melalui Forum Website

Forum adalah tempat terbaik untuk anda membuat promosi affiliate marketing namun perlu dilakukan secara bijaksana dan berkhemah.

Promosikan website atau produk affiliate anda pada banner atau Signature forum.

Forum perniagaan Malaysia yang boleh anda sertai atau join adalah seperti www.syok.org, http://gempakz.org dan sebagainya.

7. Pemasaran online melalui telefon mobile dan emel

Pemasaran email merupakan teknik pemasaran atau promosi yang terbaik.

Ia  mudah untuk dilakukan dengan salin atau copy ayat-ayat promosi dan kongsikan kepada rakan-rakan melalui group whatsapp atau emel. Mungkin anda pernah dengar ayat ini 'The money is in the list'. List email address atau no telefon.

Dapatkan alamat e-mel atau nombor telefon bimbit pelanggan untuk maklumat, berita-berita terbaru, promosi atau follow up pelanggan dari masa ke semasa.

Gunakan Autoresponder seperti Aweber, emailtik atau getrespond untuk mengumpul mailing list dan membuat penghantaran email secara sistematik dan beretika.

8. Pengiklanan di tempat-tempat menunggu atau majalah

Pengiklanan melalui banner, templet, pelekat kecil tentang perniagaan dengan menampalkannya di tempat-tempat umum dan tumpuan orang ramai seperti perhentian bas, traffic light atau memberikan pelekat kereta percuma di tempat letak kereta yang menyatakan perkhidmatan perniagaan dan nombor telefon perniagaan.

Pengiklanan berbayar perniagaan boleh dilakukan di majalah, surat khabar atau website tertentu.

9. Promosi perniagaan melalui pengiklanan percuma

Pengiklanan percuma juga boleh dilakukan dengan meletakkan ayat promosi perniagaan dalam blog atau website pengiklanan.

Cara ini kurang berkesan, namun boleh dilakukan untuk menambahkan lagi pengiklanan. Contoh blog atau website yang menyediakan promosi post percuma adalah www.mudah.my, www.iklandimudah.com, www.mudahiklan.biz, iklan1malaysia.blogspot.com dan sebagainya.

10. Promosi perniagaan melalui surat

Promosi produk affiliate melalui surat kini sudah jarang dilakukan selepas timbul promosi online yang lebih mudah, namun promosi melalui surat adalah satu cara yang berkesan untuk memberi maklumat atau tawaran terbaru kepada pelanggan.

Walau bagaimanapun untuk forex affiliate cara ini nampak agak tidak praktikal dari segi kos, masa dan effectiveness.

Sekarang nampak tak? Semasa artikel ini ditulis, kami sedang membangunkan satu blog khas untuk XM Forex affiliate untuk mengukur keberkesanan setiap teknik promosi online/offline  juga teknik promosi FREE dan juga yang berbayar.

Sekarang ini kebanyakan cara yang digunakan ialah melalui media social dan juga blog.

Kepada anda yang ingin mencuba buat duit dengan forex affiliate anda boleh bermula praktik dan mengasah bakat anda dengan kempen Forex Affiliate di sini
SUMBER / LINK PENTING FOREX TRADER

Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk forex trader

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Note: Jika maklumat ini berguna sila share dalam FACEBOOK anda atau GOOGLE+ anda. Terima Kasih