Selasa, 5 Mei 2020

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Dan Online Learning Di Malaysia

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan Online Learning mungkin benda asing kepada ramai orang Malaysia. Sebelum ini kita mungkin jarang dengar terms atau istillah ini.

COVID-19 telah membawa kita ke tahap sekarang ini di mana, budak peringkat tadika juga sudah memahami apa itu 'Online Class'.
Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan online learning di Malaysia


Hari ini semua IPTA/IPTS diwajibkan untuk mengadakan online class untuk pelajar-pelajar mereka sehingga diberitahu kelak. Pembelajaran face-to-face tidak dibenarkan kecuali untuk kursus-kursus tertentu yang memerlukan pelajar ke makmal.

Itupun mesti dengan jumlah yang terhad, untuk meningkatkan usaha 'social distancing' atau penjarakan sosial.

Jika kita tengok sekarang, kolej-kolej dan universiti kini giat membuat pengiklanan di Google mahupun Facebook mengenai pembelajaran jarak jauh mereka.

Sebenarnya di negara maju, online class ini sudah bukan asing malah sudah sangat popular. Ini mungkin kerana connectivity internet mereka sudah menyeluruh ke serata ceruk negara masing-masing.

Cabaran di Malaysia ialah, rangkaian internet kita masih lemah, malah banyak kawasan yang belum mempunyai capaian internet mahupun telefon.

Antara masalah lain ialah, bukan semua keluarga memilik computer atau laptop. Ini kerana masih ada begitu banyak keluarga yang belum mampu untuk membelinya kerana kekangan kewangan.

Jika kerajaan ingin memperkasakan program online learning di Malaysia, capaian internet yang laju dan menyeluruh perlulah ada. Selain itu, harus diwujudkan bantuan dana membeli komputer atau laptop untuk setiap isirumah.

Jika tidak program pusat komputer di setiap kampung yang dilaksanakan sebelum ini dan sekarang sudah baik, tetapi kemudahan-kemudahan tersebut mestilah dipertingkatkan keupayaannya termasuk internet yang laju dan komputer yang mencukupi.

Banyak pusat komputer di kampung-kampung di seluruh Malaysia sekarang ini seperti 'hidup segan mati tidak mahu'. Kemudahan tersebut tidak dapat digunakan sebagaimana sepatutnya.

Jika tidak Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan online learning sukar untuk dilaksanakan di Malaysia.
SUMBER / LINK PENTING FOREX TRADER

Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk forex trader

Tiada ulasan:

Catat Komen

Note: Jika maklumat ini berguna sila share dalam FACEBOOK anda atau GOOGLE+ anda. Terima Kasih