Rabu, 21 September 2022

Ezoic Platform Buat Duit Online Untuk Blogger Di Malaysia

Berbaloi lagikah menjadi blogger pada tahun 2022 ni? Bolehkah anda menjana pendapatan dengan menjadi blogger sahaja? 

Jawapan kepada kedua-dua soalan adalah sudah tentu!  Jika anda mempunyai pengetahuan asas tentang blogging, SEO, dan boleh memanfaatkan internet sebaik mungkin, anda sudah boleh mula melakukan perniagaan blogging dan buat duit! 



Pernah dengar tentang Ezoic

Anda tahu tak, sebenarnya terdapat platform yang boleh menjana duit pendapatan untuk para blogger di luar sana. 

Platform apa tu? Itulah platform Ezoic yang kita akan cerita kali ni. Nak buat duit dengan platform Ezoic? Kalau berminat, mari baca lebih lanjut!

Kenali Apa Itu Ezoic Dan Kegunaannya

Blog yang anda miliki sekarang itu boleh jana keuntungan atau tidak? 

Kalau tidak, rugilah! Sebenarnya anda boleh menjana keuntungan melalui blog anda dengan menggunakan platform Ezoic kerana ia berfungsi untuk mengoptimumkan laman web blogger. 

Anda perlu tahu juga bahawa Ezoic adalah sebuah syarikat penguji laman web automatik yang membolehkan penerbit menilai dan mengoptimumkan paparan iklan dan susun atur laman web mereka. 

Ciri Yang Ditawarkan Ezoic Untuk Meningkatkan Prestasi Laman Web Dan Hasil Anda:

1. Meningkatkan hasil melalui pengiklanan

Kalau anda nak tahu, Ezoic mempunyai sistem AI yang dinamakan Machine Learning Algorithms. 

Sistem inilah yang akan mengoptimumkan peletakan iklan pada laman web anda supaya anda boleh menjana lebih banyak hasil melalui pengiklanan.

Ezoic mempunyai 4 jenis peletakan iklan yang boleh anda gunakan.

a. Banner ads

Iklan ini adalah berasaskan imej. Apabila pelawat mengklik pada imej iklan, pelawat akan dibawa ke laman web pengiklan. 

b. Native ads

Platform Ezoic akan menjadikan laman web anda tetap kelihatan menarik dengan menyediakan iklan yang sepadan dengan reka bentuk dan tema laman web anda. 

c. Sticky ads

Jenis pengiklanan ini akan diletakkan pada bahagian sisi laman web adna. Pasti anda pernah lihat kan? Jika pelawat pergi ke halaman bawah blog, iklan akan tetap berada di bahagian sisi laman web anda.

d. Link ads  

Iklan ini pula akan muncul sebagai pautan yang boleh diklik dalam kandungan laman web anda.

2. Ezoic Meningkatkan Prestasi Laman Web Anda!

Setiap blogger mestilah mengimpikan laman web yang berprestasi tinggi kan? Kini Ezoic akan bantu anda mencapai impian anda tersebut. 

Mungkin anda bimbang jika meletakkan iklan di laman web mungkin akan menjejaskan pengalaman pengguna. 

Anda tidak perlu risau kerana Ezoic akan melihat cara pelawat bertindak balas terhadap iklan-iklan di laman web anda. 

Ezoic membantu kelancaran blog anda, meningkatkan pengalaman pengguna dan mengurangkan kadar bounce rate laman web anda. 



3.Meningkatkan Trafik Laman Web

Ezoic mempunyai sistem analisis tersendiri yang membantu anda memahami trafik laman web anda. 

Paltform Ezoic akan memberi anda tanggapan seperti berikut:

  • Lokasi trafik pelawat.
  • Jenis peranti yang digunakan pelawat.
  • Jenis pelayar yang pelawat gunakan, seperti Google Chrome, Safari, Opera, dan Mozilla Firefox.
  • Jenis sistem pengendalian yang pelawat suka, seperti Apple macOS, Microsoft Windows, dan Android.
4. Penguji iklan

Dengan platform Ezoic, blogger boleh menguji tempat iklan yang berbeza menggunakan penguji iklan Google Chrome extension drag-and-drop. 

Anda tidak perlu bekerja banyak kerana penguji ini yang akan menjalankan segala ujian secara automatik untuk blog anda. 

Apa kebaikan penguji iklan ni?

Setiap iklan yang dipaparkan di laman web anda mestilah perlukan pengawalan kan? 

Penguji iklan inilah yang akan membolehkan Ezoic mengawal bidaan iklan serta mengoptimumkan matlamat yang anda tetapkan semasa menetapkan peguji Ezoic. 

5.Pemain video

Ciri ini membolehkan anda mengawal peletakan iklan. 

Sebagai contoh, iklan boleh dilangkau dan iklan tidak boleh dilangkau. 

Berapa banyak yang Ezoic bayar untuk 1,000 tontonan?

Inilah salah satu kelebihan bersama dengan platform Ezoic, anda boleh jana wang secara atas talian bergantung bilangan pelawat blog anda. 

Untuk pengetahuan anda, secara purata Ezoic membayar blogger dengan jumlah $10-$40 bagi 1,000 tontonan di laman web. 

Sebenarnya, jumlah penghasilan adalah bergantung kepada beberapa fakto seperti faktor segmen laman web, bilangan iklan yang dipaparkan, lokasi trafik, masa tahunan, bounce rate, jumlah pelawat halaman setiap sesi, dan pendaftaran Ezoic tahap Premium. 

Bagaimana Pengiraan Pendapatan Berdasarkan Bilangan Pelawat? 

Kalau anda tahu sendiri formula pengiraan Ezoic, lebih mudahlah untuk anda target hasil anda sendiri kan. Ezoic akan rujuk kepada pendapatan setiap 1,000 pelawat sebagai ‘EPMV’ dan pengiraannya adalah seperti berikut, mari kita buat kira-kira bersama.

Formula: EPMV = Jumlah Pendapatan ÷ (Pelawat ÷ 1,000)
  • Andaikan anda memperoleh $1,000 daripada Ad Exchange
  • Laporan laman web anda berdasarkan Google Analytics menunjukkan anda menerima 100,000 pelawat
  • EPMV = $1,000 ÷ (100,000 ÷ 1,000) bersamaan $10 EPMV
Jadi, berdasarkan pengiraan kita tadi, anda akan mendapat hasil sebanyak $10 bagi setiap 1,000 tontonan ataupun pelawat. 

Untungkan! Platform Ezoic sangat membantu para blogger untuk menjana hasil secara atas talian. 

Jika anda mempunyai blog yang boleh menarik ramai pelawat dan tontonan, pasti tidak sukar untuk anda capai ribuan pelawat setiap hari, apatah lagi dengan ‘kuasa viral’ yang ada pada zaman moden ini.  

Bila Anda Boleh Terima Bayaran Daripada Ezoic?

Setelah mengusahakan blog anda, pastilah anda mahu menerima hasil daripadanya kan. Ezoic akan membuat pembayaran untuk hasil bulan sebelumnya pada tarikh antara 27 dan 31. 

Nak jadikan contoh, hasil blogger anda untuk bulan Januari akan dibayar pada penghujung bulan Februari. 

Tetapi anda harus ingat, jumlah minimum dalam akaun anda untuk membuat pengeluaran adalah $20. 

Ini bermaksud blog anda mestilah menjana pendapat sekurang-kurangnya $20. 

Ezoic menyediakan 3 kaedah pembayaran iaitu:
  • Terus melalui pindahan bank (Payoneer)
  • PayPal
  • Check 
Cara Sertai Ezoic

Kalau anda telah dihubungi oleh pihak Ezoic untuk menyertai mereka, itu mungkin bermakna anda telah melepasi syarat-syarat mereka. 

Jadi anda bolehlah mendaftar dengan segera!

Tapi bagaimana dengan sebaliknya? Anda boleh memohon untuk mendaftar melalui laman web mereka di URL https://pubdash.ezoic.com/join/accessnow

Walau bagaimana pun, sebelum anda memohon untuk mendaftar, anda mesti penuhi beberapa keperluan berikut:

1. Laman web anda mesti mempunyai sekurang-sekurangnya 10,000 pelawat setiap bulan. 

Anda harus memberitahu bilangan pelawat laman web anda dengan betul kerana Ezoic akan meminta analisis akaun anda sebagai bukti. 

Anda mesti tertanya-tanya, mengapa Ezoic mahukan sampai 10,000 pelawat setiap bulan? 

Sebabnya adalah Ezoic menggunakan data-driven machine learning algorithm yang memerlukan jumlah data minimum untuk menghasilkan keputusan yang tepat.

Tapi anda jangan risau jika bilangan pelawat anda kurang daripada 10,000 lawatan setiap bulan, kerana jika anda yakin dengan kualiti laman web anda, anda mungkin sahaja diluluskan oleh Ezoic. 

2. Anda perlu tahu bahawa platform Ezoic ialah rakan kongsi penerbitan yang diperakui oleh Google, jadi Ezoic mestilah memastikan laman web yang menggunakan alatan mereka sentiasa mematuhi dasar AdSense. 

Sebenarnya blogger yang ingin menyertai Ezoic tidak perlu pun mempunyai akaun AdSense, tapi bagi blogger yang telah ada akaun AdSense bagaimana pula? 

Anda harus pastikan bahawa akaun AdSense anda itu berada dalam kedudukan yang baik kerana Ezoic tidak boleh meluluskan laman yang telah diharamkan oleh AdSense kerana pelanggaran dasar. 

3. Nak menyertai platform besar Ezoic ini anda mestilah mempunya laman web yang penuh maklumat berguna, kaya dengan hasil karya yang asli, karya yang membina dan menarik, barulah Ezoic melihat potensi pada laman anda! 

Ezoic tidak mahukan laman web yang lebih bersifat korporat atau e-dagang.   

4. Akhir sekali, untuk menyertai Ezoic, blog anda mestilah ditulis dalam bahasa yang disokong oleh AdSense. 

Sekarang anda tahu adakah laman web anda dapat menghasilkan wang atau tidak? 

Anda telah berusaha dengan gigih untuk membina sebuah website dan memperoleh ramai pengikut setia anda sendiri. 

Sudah tiba masanya untuk anda menikmati ganjaran daripada hasil usaha keras anda sendiri. 

Ingat, anda mempunyai banyak pilihan tentang bagaimana anda ingin menjana hasil daripada blog anda. Pastikan anda bijak memilih platform yang betul seperti platform Ezoic ini.

Sertai jana duit online guna Ezoic.com hari ini!


SUMBER / LINK PENTING FOREX TRADER

Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk forex trader

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Note: Jika maklumat ini berguna sila share dalam FACEBOOK anda atau GOOGLE+ anda. Terima Kasih