Memaparkan catatan dengan label Belajar Forex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belajar Forex. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Ogos 2018

Jumaat, Ogos 10, 2018

Belajar Forex Malaysia: Asas Main Forex

Belajar Forex Malaysia, asas main forex yang perlu anda ketahui. Sebelum anda main forex, ada baiknya anda perlu pertimbangkan berberapa perkara penting. Ada di laman ini kerana tertarik dengan forex dan keuntungan yang bakal dijana dari dagangan forex.

"Forex bukan untuk semua orang"

Ayat di atas perlu anda selami dan ingat sebelum anda ambil keputusan...
Realiti yang perlu anda hadapi, Jangan main Forex jika anda...

Pemalas dan cepat putus asa
 

Jika anda mempunya sikap ini jangan teruskan membaca, forex bukan untuk anda. Jangan buang masa anda, jika anda teruskan juga 100% anda akan kecewa. Tiada benda yang cepat dan senang, begitu juga dengan main forex. Forex bukan skim cepat kaya, pemain forex memerlukan kesungguhan, ketabahan yang berterusan. Hanya yang tidak memilik sikap malas dan putus asa yang ada peluang untuk berjaya dalam bidang ini.

Tak sanggup rugi walaupun satu sen

Seperti perniagaan lain ada untung dan ruginya. Masa untung senang hati, masa rugi kuatkan semangat dan tingkatkan ilmu. Bukan semua trade forex untung. Akan ada masanya rugi, tiada trade yang perfect sepanjang masa. Jika anda 60% untung dan 40% rugi itu sudah sangat bagus. Ada pasang dan surut dalam trade forex ini. Jika anda jenis yang tidak boleh menerima kenyataan, jangan main forex.


Sedang menghadapi masalah kewangan yang teruk atau dalam kesusahan

Jika anda sedang dalam kesusahan atau sedang menghadapi masalah kewangan sebaiknya tunda dulu hajat nak trade forex. Trade forex bila anda mempunyai duit lebih. Forex adalah trade yang berisiko tinggi. Tidak sesuai kepada mereka yang sedang menghadapi masalah kewangan. 

Mengangap Forex adalah skim cepat kaya dan semudah ABC

Jika anda fikir trade forex adalah semudah ABC lupakan niat anda. Jika ianya semudah ABC sudah tentu semua org berada dalam bidang ini untuk jana duit. Forex juga bukan platform skim cepat kaya. Trade forex memerlukan usaha, kerja keras, kemahiran tinggi, belajar dan praktis. 

Minta puji/menunjuk-nunjuk trade forex

Ramai yang ada sikap trade forex adalah satu perkara yang perlu di puji (minta puji). Sikap sebegini adalah tidak betul sebab jika anda jenis yang minta puji atau menunjuk-nunjuk anda akan tidak fokus dan mudah membuat kesilapan. Sememangnya trade forex apatah lagi jika anda banyak membuat keuntungan dalam setiap trade anda, akan membuat anda rasa bangga, walau bagaimanapun pada ketika ini ramai sekali forex trader yang sudah berjaya menjadikan forex sebagai platform menjana pendapatan secara full-time. You are not the only one or few, ramai sungguh yang sudah berjaya dalam trade forex nie. 

Penyakit kronik dan tiada ketahanan mental

Trade forex memerlukan konsentrasi yang tinggi. Anda juga perlu banyak membaca dan membuat kajian. Ini memerlukan kesihatan tubuh yang baik. Semasa trade forex anda perlu sentiasa tenang. Elakkan dari rasa cemas, teruja atau takut. Orang yang mempunyai masalah jantung dan emosi tidak stabil tidak harus terlibat dalam trade forex. Dalam forex anda memerlukan kestabilan emosi. Emosi yang tidak stabil akan menyebabkan anda mudah melakukan kesilapan membuat keputusan penting.

Ada rancangan untuk menipu (scam) orang lain

Jika anda ada menyimpan niat tidak baik tersebut ada baiknya anda lupakan hasrat untuk menceburkan diri dalam bidang forex. Terlalu banyak penipuan yang berselindung/menggunakan nama forex. Ada juga yang menjadikan forex seperti MLM yang mana ianya amat jauh berbeza. Forex tidak mungkin akan jadi seperti MLM sebab trade forex adalah dagangan secara terus dan bukan guna skim seperti piramid. 

So, sebelum anda teruskan untuk mempelajari asas main forex lebih lanjut dicadangkan anda membaca dengan teliti senarai di atas dan buat analisa ke atas diri anda. Selepas itu buatlah keputusan sama ingin masuk dalam bidang forex atau sebaliknya.  Jika anda masih baru anda boleh menghadir Seminar Percuma Forex

Note: Kami trade forex di XM Forex Malaysia