Memaparkan catatan dengan label Education. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Education. Papar semua catatan

Khamis, 16 November 2017

Khamis, November 16, 2017

Panduan Permohonan Ke Tingkatan 1 2018 Online

Tentu ramai yang tengah tunggu keputusan UPSR untuk diumumkan tahun ini. Dalam masa menunggu itu, ramai juga yang sedang merancang sekolah mana untuk mendaftarkan anak-anak mereka untuk Tingkatan 1.


Tentu ramai yang mengidamkan mendaftarkan anak mereka ke sekolah yang terdekat dengan rumah anda. Iyalah, jika sekolah anak-anak kita dekat dengan rumah senang nak pantau dan hantar pergi balik. Tentu kos menghantarnya lebih murah dan juga jimatkan masa.

Paling best jika dapat sekolah sebelah rumah jer, jalan kaki ke sekolah pun boleh.

Masihkah anda ingat, kalau dulu untuk memohon memasuki Tingkatan 1 anda perlu ke sekolah itu sendiri untuk memohon. Bila dah dapat result UPSR anda akan bawa slip UPSR anda dan memohon ke sekolah yang diidamkan.


Tetapi sekarang ini untuk memohon ke Tingkatan 1 anda boleh menggunakan borang permohonan applikasi online yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Anda boleh melayari laman portal rasmi SPS di https://public.moe.gov.my/?kpm=

Menggunakan borang permohonan online ini memanglah mudah dan cepat. Ini kerana anda boleh sahaja applikasi online tersebut dari rumah anda atau dari mana-mana sahaja.

Untuk menggunakan applikasi permohonan online ini pihak KPM juga ada menyediakan panduan tatacara penggunaannya. Anda boleh download cara atau panduan permohonan online ke Tingkatan 1 untuk mengelak sebarang kesilapan semasa menggunakan sistem tersebut.

Anda dinasihatkan untuk download panduan permohonan ini sebelum menggunakan portal yang disediakan untuk mengelakkan berlaku kesilapan semasa memohon di portal pendaftaran Tingkatan 1 online nanti.

Selamat memohon memasuki Tingkatan 1, semoga kejayaan sentiasa menjadi milik anda.

Selasa, 7 November 2017

Selasa, November 07, 2017

Panduan Dan Cara Daftar MUET - Sesi March 2018

Mungkin ramai yang berhasrat menduduki peperiksaan MUET tahun ini. Panduan dan cara daftar MUET ini mungkin berguna untuk anda. Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada menyiarkan maklumat mengenai tarikh pendaftaran MUET tahun ini.

Sila rujuk gambar di bawah seperti mana yang telah disiarkan di laman portal rasmi KPM minggu lepas sebagai panduan anda.

Cara Daftar MUET

Untuk menduduki peperiksaan MUET anda memerlukan sedikit ilmu dan persedian supaya anda boleh score keputusan yang baik.

Anda digalakkan untuk membaca tips seperti MUET Exam Tips dan juga MUET Speaking Exam Tips yang rasanya menyediakan kupasan menarik mengenai persediaan menghadapi peperiksaan MUET.

Diharapkan panduan dan cara daftar MUET ini dapat membantu anda sedikit sebanyak nanti.

Rabu, 1 November 2017

Rabu, November 01, 2017

Senarai 10 Ijazah Yang Paling Senang Dapat Kerja. Adakah Anda Telah Memilih Bidang Pengajian Yang Tepat?

Jika anda sedang merancang untuk melanjutkan pengajian dan masih dalam proses berfikir bidang pengajian apa yang hendak dipilih anda patut membaca artikel ini sampai habis. Anda harus ingat kos pendidikan di Malaysia semakin lama semakin meningkat. Kolej dan universiti saban hari mencari cara menaikkan yuran pengajian dan ianya bukanlah murah. Hampir kesemua antara kita perlu menanggung perbelanjaan atau pinjaman sekurang-kurangnya RM30,000 dalam usaha segulung ijazah yang menjadi penentu perjalanan karier di masa hadapan.

Jika anda membaca akhbar atau info sama ada dari media cetak atau online kita sering dihidangkan dengan isu atau masalah jumlah graduan menganggur dan gagal mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian semakin meningkat. Jadi persoalannya, apakah pelaburan ribuan ringgit itu berbaloi meskipun tiada jaminan pekerjaan sejurus graduasi?

Disebabkan atas faktor inilah disarankan supaya bakal-bakal siswa harus bijak dan berfikiran jauh dan teliti dalam memilih program pengajian di universiti agar kelayakan dan kelulusan mereka kelak selaras dengan keperluan industri, di samping memberi pulangan yang setimpal (jika tidak lumayan) kepada mereka. Sekurang-kurangnya nanti anda boleh terlepas dari tersenarai dalam senarai graduan menganggur.

Setiap tahun kos pendidikan di Malaysia semakin meningkan dan  bukanlah murah. Kebanyakan antara kkita terpaksa menanggung perbelanjaan atau pinjaman sekurang-kurangnya RM30,000 dalam usaha mengenggam segulung ijazah yang menjadi penentu perjalanan karier di masa hadapan. Tetapi selepas itu apakah akan berlaku jika anda gagal mendapat pengajian selepas menamatkan pengajian anda.

Bagaimanapun, saban hari kita dihidangkan dengan berita graduan menganggur dan gagal mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Jadi persoalannya, apakah pelaburan ribuan ringgit itu berbaloi meskipun tiada jaminan pekerjaan sejurus graduasi?

Atas faktor inilah bakal-bakal siswa harus bijak dan berfikiran jauh dalam memilih program pengajian di universiti agar kelayakan mereka kelak selaras dengan keperluan industri, di samping memberi pulangan yang setimpal (jika tidak lumayan) kepada mereka. Sekurang-kurangnya anda tidak tersenarai dalam senarai penganggur nanti.

Di bawah adalah senarai senarai 10 ijazah yang mempunyai kadar penggajian tertinggi di dunia dan dikatakan boleh menjaminkan pekerjaan selepas tamat universiti. Anda mungkin mempunyai pengalaman dan sudut pandangan berbeza tentang isu ini berdasarkan persekitaran dan pengalaman anda sendiri. Anda boleh kongsikan pandangan dan pengalaman anda tersebut di ruangan komen.

1. Perubatan dan Pergigian (94.7% Kadar Penggajian)

Dengan kos pengajian termahal iaitu sekurang-kurangnya RM100,000 selama 4 tahun, bidang perubatan dan pergigian menjanjikan peluang pekerjaan hampir 95% selepas tamat tempoh pembelajaran.

Dalam bidang ini prospek kerjaya yang anda bakal ceburi ialah Doktor, pakar bedah dan doktor gigi.

2. Sains Veterinar (85.3%)

Bidang pengajian yang berada di tempat kedua pula adalah bidang rawatan kesihatan haiwan. Walaupun sebelum ini bidang sains veterinar banyak mencetuskan debat dan kontroversi lebih-lebih lagi isu yang melibatkan doktor Muslim dan haiwan yang perlu disamak setelah disentuh, namun kesedaran yang semakin meningkat terhadap nilai kasih sayang kepada haiwan menaikkan populariti program pengajian ini.

Prospek kerjaya dalam bidang ini antara lainnya ialah Doktor haiwan, pakar biologi haiwan dan penyelidik syarikat farmaseutikal haiwan.

3. Subjek berkaitan perubatan (79.8%)

Pengajian yang merangkumi pengajian kesihatan fizikal secara holistik ini tertumpu kepada satu-satu cabang dalam bidang perubatan.

Prospek kerjaya dalam bidang pengajian ini antara lainnya ialah Pakar psikologi, ahli fisioterapi dan pakar anaestetik.

4. Seni bina, pembinaan dan perancangan (71.3%)

Kursus ini unik kerana menggabungkan kedua-dua bidang ilmu sains dan kemanusiaan. Malah bidang ini memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia seprti pembinaan bangunan dan perancangan sesebuah penempatan.

Pelajar yang menamatkan pengajian dalam bidang ini ialah akan menceburi Prospek kerjaya  sebagai Arkitek, pelukis pelan dan perancang bandar.

5. Kejuruteraan dan teknologi (62.8%)

Secara umumnya, bidang ini ada banyak persamaan dengan kursus #4. Ini kerana, ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan. Graduan teknologi kejuruteraan boleh bekerja di bidang besar seperti industri, termasuk pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan, dan pengurusan.

Prospek kerjaya pelajar dalam bidang ini antara lainnya ialah Pereka bentuk produk, pembangunan sistem, jurutera, operasi teknikal dan kawalan kualiti.

6. Sains komputer (59.1%)

Sains komputer secara umumnya adalah pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian, sesuai dengan peredaran zaman yang semakin berteknologi tinggi.

Prospek kerjaya dalam bidan pengajian Sains Kpmputer ialah antara lainnya sebagai Pengaturcara, eksekutif IT, perekabentuk grafik, multimedia dan animasi dan jurtera rangkaian.

7. Pendidikan (59.1%)

Ijazah ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan manusia. Selain itu, kursus ini turut mempertingkatkan kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika manusia.

Sesuai untuk pelajar yang berminat dalam Prospek kerjaya sebagai Guru, pembantu penyelidik bagi badan bukan kerajaan, tutor peribadi.

8. Pengajian perniagaan (49%)

Kursus yang menyediakan penuntut dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan.

Bidang ini dikatakan sukar mendapat pekerjaan melalui pembacaan kami di artikel-artikel yang lain tetapi sebenarnya terpulang kepada usaha dan individu itu sendiri. Prospek kerjaya dalam bidang ini antara lainnya ialah Penolong pegawai pelaburan, penolong pegawai operasi, usahawan dan agen insurans.

9. Sains matematik (47.1%)

Bidang ini berkaitan dengan matematik dan statistik serta memupuk kebolehan untuk menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dalam persekitaran industri.

Prospek kerjaya pelajar yang mangambil kursus dalam bidang ini ialah Penyelidik statistik, eksekutif kawalan mutu, penganalisa perniagaan dan eksekutif bank.

10. Pengajian sosial (44.9%)

Satu bidang atau disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia. Jangan tak tahu, bidang ini sebenarnya merangkumi cabang-cabang ilmu yang luas seperi geografi, ekonomi, sains politik dan sosiologi.

Prospek kerjaya pelajar dalam bidang ini antara lainnya ialah Pakar kriminologi, penjaga arkib sejarah, penganalisa pemasaran dan pensyarah.

Jika anda merancang untuk melanjutkan pengajian anda harus fikir bahawa selain minat, prospek kerjaya masa depan juga penting untuk dipertimbangkan.

Selasa, 31 Oktober 2017

Selasa, Oktober 31, 2017

Kenyataan Media: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2017

Kenyataan Media: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2017. Rasanya maklumat ini agak penting untuk pengetahuan orang awam, warga pendidik dan juga calon-calon yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini. Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak KPM di portal rasmi mereka.

Daripada kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak KPM ini kita mendapati bahawa sebanyak 443,883 calon SPM akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Daripada jumlah itu 87.0% atau 386,331 pelajar adalah dari calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan diikuti oleh Calon Persendirian sebanyak 5.4% atau 23,886 pelajar.

Calon SPM dari Sekolah Menengah Agama Rakyat pula yang paling rendah iaitu 0.4% atau 1,976 calon sahaja.

Untuk membolehkan peperiksaan SPM tahun ini berjalan dengan lancar seramai 35,341 petugas peperiksaan akan bertugas di 3,363 pusat peperiksaan yang dibuka di seluruh negara.

Seperti yang anda sedia maklum bahawa peperiksaan SPM tahun ini akan berlangsung dari 6 November 2017 hingga 4 Desimber 2017. Pelajar yang akan menduduki peperiksaan diharap bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menduduki peperiksaan ini.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Semakan keputusan SPM tahun ini yang dijangka akan dikelurakan sekitar bulan March tahun depan.

Kepada calon-calon SPM tahun ini kami mengucapkan semoga berjaya!
Selasa, Oktober 31, 2017

Tawaran Biasiswa Loh & Loh Corporation Untuk Pelajar Malaysia

Jika anda bercadang menyambung pengajian anda dalam bidang Built Environment atau Engineering, anda dipelawa memohon biasiswa ini jika anda masih tercari-cari biasiswa. Untuk pelajar yang masih mencari hala tuju kedua-dua bidang ini adalah bidang yang paling banyak tawaran kerja di Malaysia sekarang ini. Peluang ini tidak harus dilepaskan berlalu begitu sahaja.


Tahun ini Biasiswa Loh & Loh Corporation atau Loh & Loh Corporation scholarship programme kita kembali dibuka lagi untuk pelajar yang layak dan berminat. Biasiswa ini diwujudkan bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang berkelayakan dengan latarbelakan akademik yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Biasiswa Loh & Loh Corporation ini dibuka kepada pelajar Malaysia termasuk anak-anak kakitangan Loh & Loh Corporation untuk memohon. Jika anda berminat dan layak teruskan membaca untuk maklumat lanjut mengenai peluang Biasiswa Loh & Loh Corporation ini.

Senarai kursus yang mendapat tajaan biasiswa

Untuk pengetahuan anda kursus ini ditawarkan untuk pelajar-pelajar yang mengambil 2 bidang/kategori pengajian seperti yang ada di bawah. Kursus yang ditaja ialah seperti yang tersenarai di bawah:

a. Built Environment (Quantity Surveying/Land Survey/Building & Construction Management)
b. Engineering (Civil/Structure)

Pelajar yang mengambil kursus yang tersenarai di atas dipelawa untuk memohon Biasiswa Loh & Loh Corporation.

Kelayakan untuk memohon

Sebelum menghantar permohonan anda sila semak dengan teliti kelayakan untuk memohon biasiswa ini. Ini untuk mengelakkan masa anda terbuang begitu sahaja dan juga untuk meningkatkan peratusan permohonan anda akan berjaya.


Jika anda memiliki kelayakan yang diperlukan jangan tunggu lagi, mohonlah hari ini.

Cara untuk memohon

Selepas anda membaca syarat kelayakan sudah tentu jika anda memiliki kriteria-kreteria yang diperlukan anda akan memohon.

Berikut adalah cara atau langkah-langkah untuk memohon Biasiswa Loh & Loh Corporation ini. Sila baca dengan teliti langkah-langkah menghantar permohonan anda di bawah.

Download borang permohonan Biasiswa Loh & Loh Corporation di Borang Permohonan Online

Jika anda memilik kelayakan dan telah mengikuti cara-cara menghantar permohonan seperti di atas mungkin peluang anda lebih cerah kelak.

Tarikh tutup permohonan

Jika anda layak dan berminat untuk memohon biasiswa ini anda harus menghantar borang permohonan yang telah dilengkapkan bersama dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan sebelum 30th November 2017.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terperinci sila layari webportal rasmi Loh & Loh Corporation Scholarship Programme

Adalah penting untuk anda mematuhi tarikh tutup. Kepada yang memohon kami ucapkan semoga berjaya.

Isnin, 16 Oktober 2017

Isnin, Oktober 16, 2017

Jadual Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2017

Jadual peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2017. Pelajar yang menduduki peperiksaan ini bolehlah membuat persedian akhir untuk menghadapi peperiksaan STAM bulan ini yang akan berlangsung bermula 23 October - 1 November 2017.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi portal rasmi mereka.

download jadual peperiksaan STAM untuk rujukan tarikh peperiksaan STAM tahun ini
KENYATAAN MEDIA JADUAL PEPERIKSAAN STAM 2017

Dalam kenyataan terbaru ini, dilaporkan  bahawa seramai 9,534 calon akan menduduki peperiksaan STAM tahun ini yang terdiri daripada calon sekolah kerajaan bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, calon Sekolah Menengah Agama Negeri, calon Sekolah Menengah Agama Rakyat, calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM, calon persendirian dan juga calon luar negara (Kemboja).

Lembaga peperiksaan mengingatkan semua calon yang akan menduduki peperiksaan STAM tahun ini agar merujuk kepada tarikh peperiksaan STAM untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.

Kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan STAM, anda boleh download jadual peperiksaan STAM tahun ini dari http://lp.moe.gov.my/.

Paling penting perlu diingatkan bahawa calon membawa Kad Pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan untuk memastikan pengurusan dan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

Untuk semakan keputusan peperiksaan STAM anda boleh rujuk Cara Semakan Keputusan Peperiksaan STAM.

Kepada anda yang akan menduduki peperiksaan tersebut sila rujuk dan download jadual peperiksaan STAM untuk panduan dan rujukan anda.

Khamis, 12 Oktober 2017

Khamis, Oktober 12, 2017

Tarikh Permohonan SBP 2018 Sekolah Berasrama Penuh KPM

Jika anda ingin memohon memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tentu anda akan tertunggu-tunggu bila permohonan online kemasukan ke SBP akan dibuka. Seperti mana yang diumumkan di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tarikh permohonan SBP 2018 akan di buka bermula 16 October - 19 November 2017.

Tarikh permohonan SBP Sekolah Berasrama Penuh KPM

Melihat kepada tarikh itu, tentunya ada banyak masa untuk anda mengemukakan permohonan anda memasuki SBP secara online.

Walau bagaimanapun sebelum anda memohon ada baiknya anda membaca dengan teliti panduan dan cara permohonan yang baik dan berkesan supaya permohonan anda mudah-mudahan akan berjaya kelak.

Jika anda ingin mengetahui cara dan panduan memohon kemasukan ke SBP kami sarankan anda melayari Panduan Dan Cara Permohonan Ke SBP-PendidikanMalaysia.com. Ada penerangan dan penjelasan terperinci di sana.

Mungkin anda tertanya-tanya apakah itu Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Sila baca sedikit penerangan di bawah mengenai SBP.
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (Fully Residential School) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PT3 (Menggantikan PMR mulai tahun 2014). Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris / ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terbatas kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali SBP Premier, SBPI dan SMAP. Secara kasarnya 90% adalah untuk pelajar bumiputera manakala 10% lagi adalah untuk pelajar bukan bumiputera.

Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa. Pada setiap tahun, sudah menjadi tradisi setiap sekolah berasrama penuh untuk bertanding di Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh bagi merebut Piala Perdana Menteri. Sumber: Wikipedia
Pada masa ini kita ada lebih kurang 78 buah SBP di seluruh negara. Walaupun angka itu kelihatan banyak, tetapi jumlah pelajar yang diterima adalah terhad. Sudah tentu pelajar yang akan diterima memasuki SBP adalah hanya mereka yang mempunyai latarbelakang akademik yang baik semasa UPSR dan PT3.

Walau bagaimanapun jangan lemah semangat. Anda boleh memohon dahulu bila tarikh permohonan SBP 2018  dibuka nanti. Diterima atau tidak itu letak tepi dahulu buat masa ini. Apa yang penting ialah memohon dahulu jika berminat dan berkeyakinan.

Kepada anda yang berminat untuk memohon dan perlukan maklumat lanjut anda boleh melayari Portal Rasmi KPM. Anda juga perlukan portal ini untuk memohon ke SBP nanti bila tarikh permohonan telah sampai dan dibuka nanti.

Kami mengucapkan semoga berjaya kepada yang memohon.

Selasa, 10 Oktober 2017

Selasa, Oktober 10, 2017

Tawaran Biasiswa UMW Holdings Berhad Untuk Pelajar Degree Di Universiti Tempatan

Tawaran Biasiswa UMW Holdings Berhad untuk pelajar peringkat Ijazah yang belajar di universiti tempatan di Malaysia. Jika anda sedang belajar di tahun pertama dan masih mencari biasiswa untuk pengajian anda, apa salahnya cuba memohon biasiswa ini untuk ringankan sedikit beban kewangan pengajian anda.

Biasiswa ini adalah ditaja oleh UMW Holdings Berhad untuk pelajar yang berumur tidak lebih 23 tahun dan sedang menjalankan pengajian peringkat ijazah di universiti tempatan di Malaysia.

Jika anda layak, anda boleh terus menghantar permohonan dengan download Borang Permohonan Biasiswa UMW Online.

Syarat Kelayakan Dan Kursus Yang Ditaja

Sebelum anda download borang permohonan online yang disediakan sila semak dengan teliti syarat kelayakan memohon dan senarai kursus yang ditaja oleh biasiswa UMW Holdings Berhad. Ini untuk mengelakkan masa anda tidak terbuang dan juga untuk memudahkan anda mengemukan permohonan dengan tepat.

Tawaran Biasiswa UMW Holdings Berhad untuk pelajar ijazah dalam negara
Biasiswa UMW ini menawarkan tajaan berjumlah RM12,000 per annum meliputi bayaran yuran pendaftaran, tuition &  exam fees, kos buku dan sara hidup.

Tarikh Tutup

Sila hantar permohonan anda sebelum tarikh tutup berikut iaitu 11 October 2017.

Kepada anda yang memohon kami ucapkan semoga berjaya!

Isnin, 2 Oktober 2017

Isnin, Oktober 02, 2017

Kemasukan Murid Bagi Program Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan Januari 2018

Pelajar yang berminat untuk memasuki Program Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dipelawa untuk mengemukakan permohonan mereka bermula 10 October - 20 December 2017. Demikian seperti yang disiarkan di webportal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Permohonan kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik di Malaysia
Permohonan untuk memasuki program-program yang ditawarkan boleh dibuat secara online melalui laman webportal KPM bermula tarikh yang dinyatakan di atas.

Sila baca maklumat mengenai perkara ini di bawah untuk pemahaman dan rujukan anda. Maklumat Kemasukan Murid Bagi Program Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan Januari 2018

1. Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan Januari 2018 seperti berikut :

• Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma)
=> di Kolej Vokasional KPM
• Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia
• Program Kemahiran di :
=> Kolej Vokasional KPM
=> Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
=> GIATMARA

2. Permohonan secara online dibuka mulai 10 Oktober 2017 hingga 20 Disember 2017. Anda boleh mengemukakan permohonan sepanjang tarikh tersebut.

3. Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari http: //www.moe.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

Bahagian Pendidikan Teknik &Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)

Kepada yang berminat untuk memohon memasuki Program Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik kami ucapkan semoga berjaya!

Rabu, 20 September 2017

Rabu, September 20, 2017

Pendaftaran ONLINE Matrikulasi Sesi 2018-2019

Pendaftaran online matrikulasi sesi 2018-2019 dibuka sekarang sehingga 30 November 2017. Pelajar yang berminat untuk memasuki program matrikulasi sesi 2018-2019 boleh memohon melalui online di portal rasmi yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Pendaftaran online matrikulasi KPM dan syarat kemasukan matrikulasi

Sebelum memohon anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami kriteria atau syarat kemasukan matrikulasi. Ini untuk membolehkan anda tidak melakukan kesilapan semasa memohon.

Semua panduan menghantar permohonan matrikulasi online dan syarat kemasukan matrikulasi boleh di akses di portal rasmi matrikulasi KPM.

Calon SPM 2017 adalah dipelawa memohon kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi pengajian 2018/ 2019 mulai 1 Julai 2017. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2017.

Sila layari : https://matrikulasi.moe.gov.my/

Anda juga dinasihatkan untuk membaca  Syarat Program & Kelayakan Minimum dan juga Panduan Mengisi Borang Permohonan Online.

Proses permohonan matrikulasi online yang lengkap boleh juga dibaca di SINI.

Rabu, 6 September 2017

Rabu, September 06, 2017

List of Universities And Colleges in Sabah

Looking for universities or colleges in Sabah? Check out list of universities and colleges in Sabah. We will updates this list from time-to-time so make sure visit us often for new listing.

There are 15 Private Colleges in Sabah
   
KIARA College

 
Address: Lot 2, Jalan Sulaman, Wisma D'Sulaman, 88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Phone:+60 88-492 516


Jesselton College

 Address: S-1-3 Block A, City Mall, Jalan Lintas, 88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Phone:+60 88-448 344
    
Kolej Antarabangsa AlmaCrest

Address: Suite 1-8-E9, 8th Floor, CPS Tower, Centre Point Sabah, No. 1, Jalan Centre Point, 88000, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Phone:+60 88-312 223
http://www.almacrest.edu.my
   
Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Sabah 


Address: 22, Jalan Pantai Sembulan, Grace Villa, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel:088-221977
Fax:088-241416
Email: ptplsabah@ptpl.edu.my

    
Cosmopoint college

 
(Previously known as : Cosmopoint International College of Technology (Kota Kinabalu))     
 Wisma Times, No.2, 1km Jalan Tuaran Bypass, 88450 Kota Kinabalu Sabah
Tel: 088-389004
Fax: 088-387143

website: www.cosmopointkotakinabalu.com

Kolej Yayasan Sabah (KYS) 

 
Kolej Yayasan Sabah (Kampus B)
Address: Jalan Ibu Pejabat Jkr, Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Phone:+60 88-239 498
    
Masterskill Global College, Kota Kinabalu

 (Previously known as : Masterskill College (Kota Kinabalu Metro Campus)) 
Address: Lot 33-40, Plaza Juta, KM 7.2, Off Jalan Tuaran, Likas, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, 88450, Malaysia
Phone:+60 88-431 025
    
Multimedia College (Sabah) 

 
Lot 39, Blok E, Alamesra Plaza Permai 88400 Kota Kinabalu Sabah.
Telephone No. : 088-485 892 / 894.
    
SIDMA College 

 Sabah International Dynamic Management College SIDMA College
Bundusan Commercial Centre 2, 88300, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Phone Number: 088-712560 (within Malaysia) / +6088-712560 (International)
Fax Number: 088-712572 (within Malaysia) / +6088-712572 (International)
Email Address: info@sidma.edu.my
    
Aseana International College of Health Sciences Kota Kinabalu


 
Address: No. 2 Lorong 4, Sembulan Arcade, Kg. Sembulan Baru, Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Phone:+60 88-212 415 

    
Asian Tourism International College - ATI College


 
(Previously known as : Institut Pelancongan Asia) Kota Kinabalu

Address: Lot, 26, Lorong Dewan, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
http://www.ati.edu.my/newati/index.php
   
Eastern College Kota Kinabalu



Address: Lot 38, Blok G, Lorong Plaza Utama 1. Alamesra, Jalan Sulaman,. 88400 Kota Kinabalu,. Sabah Malaysia
Tel: 088- 447522 / 447523
    
INTI College Sabah 

 
Address: Lot 17-20, Putatan Point, 88200 Kota Kinabalu
INTI College Sabah
Tel:088-765701 /765723
Fax:088-765682

Kinabalu Commercial College 

 
Kinabalu Commercial College at Wisma Sabah

Address: Jalan Tun Fuad Stephens, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Phone:+60 88-251 600

Sabah has 2 Private University College


Tunku Abdul Rahman (TAR) University College Sabah Branch Campus Sabah 

 
Address: Lot 1, Ground Floor, Pusat Dagangan Donggongon, Jalan Sapau, Pekan Donggongon, 89500 Penampang, Sabah, Malaysia
Phone:+60 88-718 481
 

International University College of Technology Twintech (Sabah)

 
Address: Lot No. 9AF01-9AF13 Kompleks Karamunsing, Lorong Karamunsing A, Sabah, 88300 Kota Kinabalu, Malaysia
Phone:+60 88-265 286

There are 2 Public Universities in Sabah
 

Universiti Teknologi Mara Sabah UiTM

 
Address: Locked Bag 71, 88997 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia 
Tel:6088-492751/2
Fax:6088-492900
 

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

 
Address: Locked Bag No 2073, 88999, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel:088-260741/2/3/4
Email: webadmin@ums.edu.my
Universiti Malaysia Sabah

Universiti Malaysia Sabah (UMS) is one of the two public university in Sabah. UMS is a public tertiary educational institution established in 1994. It is the 9th university in Malaysia and stands in a 999-acre plot of land at Sepanggar Bay.
 

The university is divided into schools of :
1 - social sciences,
2 - psychology and social work,
3 - science and technology,
4 - engineering and information technology,
5 - food science and nutrition,
6 - international tropical forestry,
7 - business and economics,
8 - education and social development,
9 - art studies,
10 - medicine,
11 - sustainable agriculture.
 

UMS encourages the application of international students in the university by providing various support services :
1 - assistance in the university and student-visa applications,
2 - administrative advices, and
3 - a full orientation of the university and its facilities.
Communication will often not pose as a problem as English is used as a second language in Malaysia.
 

So that above is the latest list of universities and colleges in Sabah. If you are interested in any of them, contact them directly.

Isnin, 28 Ogos 2017

Isnin, Ogos 28, 2017

Senarai Biasiswa Lepasan SPM Paling Popular Di Malaysia

Selepas keputusan SPM diumumkan, sudah tentu ramai pelajar lepasan SPM yang tercari-cari tempat untuk melanjutkan pengajian mereka. Para pelajar-pelajar lepasan SPM terutamanya bagi mereka yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang, tentu sekali ada memasang cita-cita untuk menyambung pengajian ke luar negara atau di mana-mana universiti awam (IPTA) di dalam negara.

Mendapatkan tempat untuk menyambung pengajian anda sudah tentu amat memerlukan usaha, tetapi selain dari itu mendapatkan biasiswa untuk membiayai pengajian anda juga amat sukar jika anda tidak mempunyai pengalaman dan maklumat yang banyak atau cukup. Sudah tentu seperti mana tahun-tahun yang lepas ramai pelajar lepasan SPM yang masih belum pasti atau mempunyai maklumat yang secukupnya tentang peluang-peluang dan tawaran biasiswa yang ada di Malaysia.

Sebenarnya banyak biasiswa yang sesuai untuk pelajar lepasan SPM yang ditawarkan baik dari pihak kerajaan dan badan berkanun dan juga daripada pihak swasta.Senarai tawaran biasiswa di bawah kami petik dan kumpul dari maklumat biasiswa dari laman webportal pendidikanmalaysia.com. Sila layari webportal tersebut dari masa ke semasa untuk mengetahui listing biasiswa yang terkini.

Senarai biasiswa lepasan SPM paling popular di Malaysia
Anda cuma perlu peka dan rajin membuat carian maklumat mengenai tawaran-tawaran biasiswa untuk pelajar-pelajar Malaysia. Senarai biasiswa lepasan SPM di bawah diharap dapat memudahkan anda mencari dan memilih biasiswa yang paling sesuai untuk anda.

Senarai biasiswa lepasan SPM, STPM yang popular di Malaysia

Terdapat banyak tawaran biasiswa tidak kiralah daripada pihak kerajaan mahupun swasta yang ada untuk pelajar lepasan SPM di Malaysia.

Disini kami senaraikan biasiswa-biasiswa yang boleh dimohon oleh lepasan SPM ataupun biasiswa lepasan STPM.

* Sila ambil perhatian bahawa permohonan berdasarkan kelayakan sahaja. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas segala perkara yang melibatkan maklumat diri anda.

1. Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Malaysia
2. Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysia
3. Biasiswa PETRONAS, Malaysia
4. Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Malaysia
5. Biasiswa FELDA, Malaysia
6. Biasiswa Yayasan TNB, Malaysia
7. Biasiswa Yayasan TM, Malaysia
8. Biasiswa Yayasan Khazanah, Malaysia
9. Biasiswa Yayasan UEM, Malaysia
10. Biasiswa Sime Darby, Malaysia
11. Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM), Malaysia
12. Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB), Malaysia
13. Biasiswa Maybank, Malaysia
14. Biasiswa Proton, Malaysia
15. Biasiswa Shell, Malaysia
16. IJM Scholarship
17. Genting Scholarship, GENM
18. Biasiswa Tunku Abdul Rahman
19. Biasiswa Astro
20. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

Antara Senarai Biasiswa lepasan SPM, STPM di Malaysia yang lain untuk pelajar Malaysia

1. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional
2. Biasiswa Tunku Abdul Rahman
3. Biasiswa New Zealand Commonwealth
4. Biasiswa Singapura
5. Biasiswa UPM-ELS Tun Dr. Mahathir
6. The UEM Scholarship Programme
7. Biasiswa Romania
8. Biasiswa Taylor’s World Class
9. Biasiswa Astro
10. Program Penajaan Pendidikan PETRONAS
11. Hong Leong Foundation Scholarship Programme
12. British Council IELTS Scholarship
13. The Titijaya Scholarship Fund
14. Western-Australian Government Scholarship (WA Premier Scholarship)
15. Biasiswa Yayasan TM
16. AMCHAM-MACEE Scholarship Program
17. Limkokwing Scholarship Award
18. Gamuda Scholarship Award
19. Program Tajaan Pendidik Malaysia Airports (ESP)
20. The Star Education Fund
21. Securities Commission Malaysia Scholarship Award
22. Program Tajaan Khazanah Global
23. Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarship for Undergraduate Studies
24. Biasiswa Endownmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
25. Bank Negara Malaysia Scholarship Award Academic Session
26. Sin Chew Daily Education Fund
27. ASEAN Scholarships for Malaysia
28. Biasiswa Taiwan
29. The Sun – MAPCU Higher Education Scholarship Fund
30. Biasiswa Amcham-Macee
31. IJM Scholarship
32. Genting Scholarship, GENM

Lain-lain senarai biasiswa lepasan SPM, STPM di Malaysia

1. PTPTN
www.ptptn.gov.my
2. Biasiswa Tunku Abdul Rahman
www.yayasantar.org.my
3. Felda Johore Bulker Sdn Bhd
www.feldaholdings.com
4. Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA )
www.jpa.gov.my
5. Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
www.sabah.gov.my/jpan
6. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
www.psc.sarawak.gov.my
7. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
www.biasiswa.sabah.gov.my
8. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
www.maiamp.gov.my
9. Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak
biasiswa.perak.gov.my @ www.perak.gov.my
10. Majlis Agama Islam Negeri Johor
www.maij.gov.my
11. Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang
epp.penang.gov.my
12. Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor
www.selangor.gov.my
13. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN )
tapem.melaka.gov.my
14. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
www.frim.gov.my
15. Gamuda Berhad
www.gamuda.com.my
16. Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan
www.jkmwpkl.gov.my
17. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
www.kwsp.gov.my
18. Lembaga Zakat Selangor
www.e-zakat.com.my
19. Bank Rakyat Malaysia Berhad
www.bankrakyat.com.my @ www.yayasanbankrakyat.com.my
20. Majlis Amanah Rakyat
www.mara.gov.my
21. Pusat Zakat Sabah
www.zakat.sabah.gov.my
22. Yayasan Negeri Sembilan
www.yns.gov.my
23. Skim Biasiswa National Science F
www.masduke.net/download/nsf.doc
24. Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia
www.mosti.gov.my
25. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO )
www.perkeso.gov.my
26. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
www.pnb.com.my
27. Sarawak Shell Berhad
www.shell.com.my
28. Sapura Industrial Berhad
www.sapuraindustrial.com.my
29. Terengganu Advanced Technical Institute
www.tatiuc.edu.my
30. Yayasan Felcra
esistem.felcra.com.my/yayasan/index.html
31. Yayasan Pahang
www.yp.org.my
32. Yayasan Sabah
www.ysnet.org.my
33. Yayasan Selangor
www.yayasanselangor.org.my
34. Yayasan Tenaga Nasional Berhad
yayasan.tnb.com.my
35. Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN )
www.yakin.kelantan.gov.my
36. Yayasan Terengganu
www.ytrg.terengganu.gov.my
37. Yayasan Pelajaran Johor (YPJ )
www.johordt.gov.my/ypj
38. Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf

Selain dari senarai di atas, terdapat banyak lagi tawaran-tawaran biasiswa terkini untuk melanjutkan pengajian anda pelajar lepasan SPM dari pelbagai sumber di seluruh negara. Anda boleh melihat dan mengikuti senarai biasiswa-biasiswa lain dengan layari website scholarship.pendidikanmalaysia.com.

Semoga perkongsian kami ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar lepasan SPM untuk mendapatkan dana pembiayaan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Sebarkan juga kepada rakan-rakan yang lain supaya mereka juga mengetahui dan menyedari peluang-peluang ini.

Kepada anda yang memohon mana-mana biasiswa sama ada yang terdapat dalam senarai atau tidan kami mendoakan agar permohonan anda untuk mendapatkan penajaan dalam melanjutkan pelajaran ke Universiti dipermudahkan. Semoga berjaya.

Rabu, 23 Ogos 2017

Rabu, Ogos 23, 2017

Borang Permohonan Biasiswa Sony Malaysia Online

Mungkin anda masih tercari-cari biasiswa untuk pengajian anda. Pinjaman PTPTN biasanya adalah jalan terakhir jika anda tidak berjaya mendapat biasiswa dari mana-mana pihak untuk membiayai pengajian anda. Berita baiknya, Biasiswa Sony Malaysia kini ditawarkan untuk pelajar Malaysia yang layak dan berminat.

Borang permohonan Biasiswa Sony Malaysia online

Biasiswa Sony Malaysia ini adalah terbuka kepada pelajar Malaysia yang sedang mengambil kursus-kursus yang terpilih oleh Sony Malaysia. Pelajar yang mengambil kursus berlainan daripada yang disenaraikan mungkin tidak akan dilayan.

Untuk mengetahui senarai jurusan pengajian yang layak ditawarkan Biasiswa Sony Malaysia sila layari Senarai Jurusan Untuk Tawaran Biasiswa Sony Malaysia.

Kebaikan Biasiswa Sony Malaysia ini ialah, pelajar yang berjaya dan ditawarkan tajaan ini akan dijamin pekerjaan selepas menamatkan pengajian mereka.

Sony Malaysia mewajibkan pelajar yang ditajanya mesti berkerja atau berkhidmat dengan pihak Sony Malaysia untuk satu jangka masa yang ditetapkan.

Ini bermakna pelajar yang bertuah dan ditawarkan tajaan ini tidak perlu risau mengenai pekerjaan selepas tamat pengajian dan seterusnya mereka boleh menumpukan perhatian 100% untuk pengajian mereka.

Berbeza dengan pelajar yang mengambil pinjaman PTPTN contohnya, penerima tajaan Biasiswa Sony Malaysia terjamin pekerjaan mereka.

Sudah tentu ramai yang berminat untuk memohon biasiswa ini. Ini kerana Sony adalah sebuah syarikat gergasi dari Jepun dan sudah tentu peluang untuk anda mengembangkan kerjaya masa depan anda adalah terbuka luas selepas ini.

Untuk meningkatkan peluang permohonan Biasiswa Sony Malaysia anda berjaya anda digalakkan untuk membaca maklumat lanjut mengenainya. Layari lama portal rasmi Sony Malaysia untuk maklumat lanjut.

Tarikh tutup untuk menghantar permohonan sudah semakin dekat. Jika anda berminat dan layak, sila bertindak sekarang. Anda boleh klik Download Borang Permohonan Biasiswa Sony Malaysia.

Kepada yang memohon biasiswa ini kami mengucapkan semoga berjaya!

Khamis, 3 Ogos 2017

Khamis, Ogos 03, 2017

Maklumat Dan Cara Permohonan Biasiswa MARA Lepasan SPM

Ada ramai yang email kami mengenai bagaimana untuk membuat permohonan Biasiswa MARA untuk pelajar lepasan SPM. Sebenarnya soalan ini memang agak sukar dijawab. Ini kerana pihak MARA sentiasa ada buat perubahan sama ada akan bagi biasiswa atau tidak. Berberapa tahun kebelakang ini pun kita mendapati bahawa pihak MARA belum membuka portal online untuk para pelajar boleh memohon pinjaman pendidikan MARA.

Apa pun kami percaya dari masa ke semasa pihak MARA bergantung kepada kemampuan kewangan dan peruntukan dari pihak kerajaan MARA akan menawarkan biasiswa kepada pelajar lepasan SPM yang cemerlang.

Syarat Biasiswa / Pinjaman Pelajaran MARA

Sebelum anda membuat permohonan untuk biasiswa atau pinjaman pelajaran MARA anda harus baca dengan teliti Syarat Am dan Syarat Akademik di bawah. Ini untuk mengurangkan kekeliruan dan menambah maklumat untuk anda mengemukan permohonan kepada pihak MARA.

Maklumat-maklumat ini kami petik dari blog Pendidikan Malaysia. Anda boleh melawat blog tersebut untuk lebih detail atau anda boleh berhubung terus dengan pejabat MARA yang terdekat dengan anda untuk maklumat terkini.

Ini kerana menurut pengalaman berberapa pemohon terdahulu syarat-syarat ini biasanya mengalami sedikit perubahan dari masa ke semasa bergantung kepada objektif dan misi pihak MARA.

SYARAT-SYARAT AM

1. Mesti Bumiputera warganegara Malaysia.
2. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana badan penganjur atas sebabseba tindakan disiplin.
3. Tidak pernah dianjur oleh mana-mana badan penganjur lain diperingkat pengajian yang sama.
4. Mendapat pelepasan kontrak jika pernah ditaja oleh badan penganjur lain.
5. Mendapat penggantungan atau pelepasan jawatan atau kebenaran bertulis dari majikan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan.
6. Diperakui sihat dan normal oleh panel doktor yang bertauliah.
7. Mesti lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPMV.
8. Tidak pernah diberhentikan pengajian atas sebab GAGAL bagi pengajian terdahulu. (Penalti satu semester dan permohonan pinjaman hanya akan dipertimbangkan pada semester kedua)

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

1. Syarat kelayakan akademik pinjaman pelajaran MARA adalah sebagai panduan bagi anda yang ingin memohon pinjaman pelajaran MARA setelah ditawarkan tempat pengajian di Kolej Poly - Tech MARA.
2. Kelayakan akademik untuk memohon pinjaman pelajaran MARA bagi yang menggunakan Sijil / Pra Diploma / Diploma (yang diiktiraf oleh kerajaan) ialah mendapat sekurang-kurangnya CGPA 2.00 ke atas.
3. Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan boleh memohon kemudian
menggunakan keputusan peperiksaan semester atau tahun (mengikut struktur program) dengan mendapat CGPA 2.00 dan ke atas atau yang sama nilai dengannya.
4. Bagi permohonan pinjaman yang menggunakan kelayakan selain dari SPM seperti contoh menggunakan sijil / diploma atau lain-lain kelayakan yang dibenarkan oleh MARA perlu juga mendapat kredit dalam subjek Bahasa Melayu diperingkat SPM/SPMV. Kursus (Kod Kursus) Syarat Kelayakan Akademik Pinjaman Pelajaran MARA Sijil Sains Komputer KPTM (SSK1) Pinjaman tidak disediakan bagi kursus ini, walaubagaimanapun pelajar yang lulus dan tamat kursus ini, dan ingin menyambung pengajian peringkat diploma boleh memohon pinjaman MARA dengan menggunakan keputusan sijil tersebut (CGPA 2 dan keatas) serta kredit dalam subjek Bahasa Melayu diperingkat SPM/SPMV.
a. Matrikulasi The Institute of Chartered Secretaries and Administrators – ICSA (MT01)
b. The Institute of Chartered Secretaries and Administrators – ICSA (FN01)
Lulus SPM dengan mendapat 3 kepujian termasuk :
Kepujian Bahasa Inggeris, Matematik dan 1 subjek lain
Matrikulasi ICSA dari kolej-kolej yang diiktiraf
ATAU
STPM dengan 2 Prinsipal serta 3 kredit peringkat SPM/ GCSE/ GCE
Ordinary Level termasuk kredit dalam Bahasa Inggeris.
Kursus (Kod Kursus) Syarat Kelayakan Akademik Pinjaman Pelajaran MARA

• Program-program Diploma Kolej
Poly-Tech MARA (CS110,AC110,
UPM1, DBIT-COV1, DCS-COV2,
CSM1, BM111, EC110, EE111,
DAC213, DBM223, DIM , DSRKBP,
DSRKAS, DTMAS & DTMBP
Lulus SPM dengan mendapat 5 kepujian termasuk : Kepujian Matematik Kepujian 4 subjek lain (tidak termasuk Bahasa Inggeris) dan Lulus Bahasa Inggeris

• ACCA Certified Accounting Tech
(PP02)
Lulus SPM dengan lima (5) Kepujian termasuk:
• Kepujian Bahasa Malaysia
• Kepujian Matematik/Matematik Tambahan
• Kepujian tiga (3) subjek lain
DAN
Lulus Bahasa Inggeris
ATAU
Sijil IPMa/Sijil Politeknik/KBM/ILP/ Sijil yang setaraf dan kredit subjek Bahasa Malaysia dalam SPM.
KPTM - ACCA

Profesional Accountancy
Association of Chartered Certified
Accountants- ACCA (PP03)
Lulus SPM dengan mendapat 3 kepujian termasuk :Kepujian Matematik, Kepujian Bahasa Inggeris
dan 1 subjek lain
Dan
Lulus STPM/ A-Level dengan 2 Prinsipal/ Diploma LCCI/ Diploma Perakaunan yang diiktiraf/ Ijazah Pertama yang diiktiraf dalam bidang yang berkaitan.

KPTM - MMU
Foundation in Management
(UP01)
Lulus SPM dengan mendapat 6 kepujian termasuk : Kepujian Matematik
Kepujian Sains/ Perdagangan/Prinsip Akaun/ Ekonomi Asas 4 subjek lain (tidak termasuk Bahasa Inggeris)
dan
Lulus Bahasa Inggeris

KPTM - MMU
Foundation Information Technology
(UP02)
Lulus SPM dengan mendapat 6 kepujian termasuk :
Kepujian Matematik
Kepujian Matematik Tambahan/ Sains/ Fizik/Biologi/ Kimia/ Sains
Tambahan
4 subjek lain (tidak termasuk Bahasa Inggeris)
dan
Lulus Bahasa Inggeris
KPTM - MMU

Bachelor of Information
Technology (Hons) - Information
Systems Engineering (UB02)

Bachelor of Business
Administration (Hons) –
Management with Multimedia
(UB04)

SPM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kredit dalam subjek
Bahasa Melayu
Dan salah satu kelayakan berikut:
STPM dengan mendapat 3 Prinsipal (termasuk Kertas Am) atau
STPM dengan mendapat 2 prinsipal (termasuk Kertas Am) serta 2
Subsid atau

Diploma / HND/ Diploma IPMa dengan memperolehi CGPA 2.00
Kursus (Kod Kursus) Syarat Kelayakan Akademik Pinjaman Pelajaran MARA
KPTM-COVENTRY

Bachelor of Arts (Hons) in Business
Information Technology with
International Business (COV3)
Bachelor of Arts (Hons) in Business
Information Technology with
Accounting (COV4)

Bachelor of Science (Hons) in
Computer Science (COV5)
SPM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kredit dalam subjek Bahasa Melayu
Dan salah satu kelayakan berikut:
STPM dengan mendapat 3 Prinsipal (termasuk Kertas Am) atau
STPM dengan mendapat 2 prinsipal (termasuk Kertas Am) serta 2
Subsid atau
Diploma / HND/ Diploma IPMa dengan memperolehi CGPA 2.00

Nota : Syarat-syarat kelayakan akademik dan pendapatan yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak MARA.

Pinjaman MARA Untuk IPTS

Sebenarnya pinjaman pelajaran MARA tidak hanya ditawarkan untuk Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tetapi juga ditawarkan kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang memerlukan bentuan pembiayaan pengajian mereka.

Jika anda memerlukan bantuan berbentuk pinjaman pelajaran anda boleh memohon pinjaman pelajaran MARA. Walau bagaimanapun sila berhubung dengan pihak MARA untuk mendapatkan khidmat nasihat dan panduan.

Permohonan Pinjaman MARA

Pada satu masa dulu pelajar yang ingin memohon pinjaman pelajaran MARA hanya perlu menghantar permohonan online melalui laman portal http://eduloan.mara.gov.my/ tetapi portal in sudah berberapa tahun tidak dibuka untuk membolehkan permohonan baru dibuat melalui online

Kami telah membuat berberapa semakan dan bertanya terus dengan pegawai di pejabat MARA yang terdekat dan ini maklumat yang diberitahu. Pelajar yang berniat untuk memohon pinjaman pelajaran MARA perlu menghantar permohonan secara manual berserta surat rasmi permohonan dan dokumen-dokumen sokongan.

Surat permohonan ini dihantar terus ke ibupejabat MARA untuk diproses. Sekali lagi kami ingin mengingatkan bahawa anda digalakkan untuk bertanya terus di pejabat MARA yang terdekat dengan anda untuk mengetahui proses menghantar permohonan secara manual ini.

Selain dari maklumat di atas, perkembangan terkini ialah pelajar yang ingin memohon pinjaman pejaran MARA kini boleh memohon melalui skim baru iaitu MARA - Bank. Ini bermakna anda yang memohon skim ini akan berurusan dengan pihak bank dan MARA. Rasanya ini untuk memastikan pelajar yang membuat pinjaman perlu ditapis dengan teliti oleh pihak MARA tentang kemampuan membayar balik pinjaman.

Pinjaman pelajaran dalam skim MARA-Bank ini akan diproses dan dikawal selia oleh pihak bank. Prosesnya lebih kurang seperti memohon pinjaman peribadi dengan pihak bank, bezanya untuk skim ini ianya melibatkan pihak MARA.

Sekali lagi kami perlu jelas dan tegaskan bahawa berlaku banyak perubahan dalam masa-masa yang singkat. Oleh itu anda hendaklah merujuk terus dengan pihak MARA setiap masa dalam isu ini.

Skim Pelajar Cemerlang MARA

maklumat dan cara permohonan biasiswa Mara lepasan SPM

Majlis Amanah Rakyat MARA teruskan usaha dalam melahirkan modal insan yang memiliki sahsiah jati diri tinggi dan terpuji melalui Program Pelajar Cemerlang SPM 2016 atau MARA Young Talent Programme (MyTP).

MyTP adalah penjenamaan semula Program Skim Pelajar Cemerlang SPM yang ditawarkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) setiap tahun.

Mara memberitahu program itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar cemerlang megikuti pengajian di peringkat persediaan dan diploma sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. "Mara sentiasa komited untuk melahirkan usahawan yang berkaliber, pemimpin korporat dan profesional serta manjadi modal insan kompeten bertaraf global," kata agensi itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini biasiswa, pinjaman dan skim pelajar cemerlang MARA anda digalakkan untuk selalu melawat laman webportal rasmi MARA.

Selasa, 18 Julai 2017

Selasa, Julai 18, 2017

Panduan Dan TARIKH Peperiksaan UPSR Terkini Untuk Pelajar

Tarikh peperiksaan UPSR tahun ini menurut seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Peperiksaan UPSR tahun ini semakin hampir. Kami menerima berberapa pertanyaan mengenai hal ini. Agak memenatkan untuk menjawapnya satu demi satu maka untuk memudahkan ada baiknya kami tulis sedikit maklumat dan panduan untuk pelajar menghadapi peperiksaan UPSR supaya anda lebih bersedia dan tenang menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) nanti dan seterusnya mendapat keputusan yang baik.

Sila teruskan membaca mengenai tarikh dan panduan peperiksaan UPSR di bawah untuk rujukan anda kelak.

Panduan dan tarikh peperiksaan UPSR untuk pelajar

Tarikh Peperiksaan UPSR

Apakah yang perlu anda tahu jika anda bakal menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini? Ini adalah soalan yang amat penting dan wajib tahu jawapannya. Perkara utama yang harus anda buat ialah dengan mendapatkan jadual atau tarikh peperiksaan UPSR tahun ini. Dengan itu anda boleh menyediakan ulangkaji dan belajar berpandukan jadual tarikh peperiksaan UPSR tahun ini.

Ada berberapa tempat dimana anda boleh mendapatkan tarikh peperiksaan UPSR tahun ini. Ianya boleh diperolehi dari laman webportal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau anda boleh download Jadual Peperiksaan UPSR.

Untuk memudahkan anda, anda juga boleh membaca jadual peperiksaan UPSR yang lengkap di SINI.

Panduan Am Menduduki Peperiksaan UPSR

Sedikit panduan menduduki peperiksaan UPSR. Antaranya ialah pelajar WAJIB menduduki semua kertas peperiksaan yang didaftar. Jika anda tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan anda akan dianggap TIDAK HADIR untuk mata pelajaran berkenaan.

Selain itu anda juga mesti membuat semakan butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum hari menduduki peperiksaan. Anda boleh meminta bantuan guru darjah anda untuk perkara ini. Jika terdapat kesilapan anda mesti maklumkan pihak sekolah anda dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat calon. Terdapat bayaran sebanyak RM30 akan dikenakan untu proses ini.

Anda juga dinasihatkan untuk membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR dan menandatangani Borang Pengakuan Calon

Anda boleh download Panduan Menduduki Peperiksaan UPSR di SINI.

Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pihak sekolah anda supaya semua perkara berkenaan dengan peperiksaan UPSR anda dapat dikemaskini secara teratur untuk mengelak sebarang kesilapan yang boleh mendatangkan kesulitan kepada anda semasa hari menduduki peperiksaan UPSR nanti.

Peperiksaan UPSR ini amat penting untuk melayakkan anda melanjutkan pengajian ke Tingkatan Satu (1). Biasanya sekolah menengah akan melihat keputusan UPSR anda. Sekolah yang tergolong rating tinggi cenderung hanya menerima pelajar yang mempunyai keputusan UPSR yang cemerlang.

Begitu juga halnya jika anda bercita-cita untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) anda memerlukan keputusan yang sangat cemerlang di peringkat peperiksaan UPSR. Adalah penting untuk anda cuba mendapatkan keputusan yang terbaik semasa peperiksaan UPSR ini.

Kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan tahun ini diharapkan panduan dan tarikh peperiksaan UPSR ini dapat sedikit sebanyak membantu anda.

Isnin, 17 Julai 2017

Isnin, Julai 17, 2017

PANDUAN Cara Buat SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR Online Dan SMS

Pelajar yang telah menduduki peperiksaan UPSR tahun ini boleh membuat semakan keputusan UPSR mereka melalui ONLINE atau SMS. Berbanding pada masa dulu, pelajar terlibat perlu datang ke sekolah asal anda untuk mengetahui atau mendapatkan keputusan UPSR anda. Kini tidak perlu lagi.

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mempermudahkan proses semakan keputusan UPSR dengan memperkenalkan sistem semakan online dan juga melalui SMS.

Keputusan di hujung jari anda

Membuat semakan keputusan UPSR kini berada dihujung jari anda, di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja selepas keputusan UPSR diumumkan kelak. Ianya lebih pantas dan mudah.


Semakan Keputusan UPSR online

Semakan Keputusan UPSR Online

Untuk membuat semakan melalui online, anda hanya perlu melayari laman webportal Semakan UPSR Online dan ikut arahan yang terpapar pada laman tersebut.

Untuk berbuat demikian anda memerlukan Angka Giliran (AG) UPSR anda. Adalah dinasihatkan anda sentiasa menyimpan AG UPSR anda untuk kegunaan menyemak keputusan dan juga memohon ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) nanti.

Webportal untuk semakan keputusan UPSR online ini biasanya akan diaktifkan pada hari keputusan UPSR diumumkan secara rasminya.

Selepas anda membuka webportal tersebut anda perlu isikan Nombor Kad Pengenalan anda dan Angka Giliran pada ruangan yang disediakan.

Semakan melalui online ini hanya akan memaparkan ringkasan keputusan UPSR yang telah anda perolehi dan keputusan yang lengkap anda boleh ambil di sekolah asal anda.

Semakan Keputusan UPSR melalui SMS

Cara ini paling mudah kerana anda tidak memerlukan perkhidmatan internet. Ianya memang cepat dan pantas.

Semakan Keputusan UPSR 2017 Online exam result Dan Short Message System (SMS)
Untuk membuat semakan anda hanya perlu ikut arahan di bawah.

Semakan SMS: Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888


Sememangnya semakan keputusan UPSR melalui SMS sering menjadi pilihan popular pelajar-pelajar lepasan UPSR.

Anda juga boleh membaca maklumat lebih terperinci bagaimana membuat semakan keputusan UPSR secara online dan SMS di SINI

Untuk mendapat slip keputusan UPSR anda anda perlu pergi ke sekolah asal anda. Dewan sekolah untuk penyampaian keputusan biasanya akan dibuka bermula pukul 10 pagi pada hari keputusan UPSR diumumkan.

Pengalaman Mengambil Result UPSR

Berikut adalah perkongsian bekas pelajar UPSR masa mengambil keputusan UPSR di sekolah selepas UPSR result diumumkan.
Kenangan Aku Ambil Result UPSR

Semalam, semua pelajar Darjah 6 mengalami peristiwa yang buat mereka berdebar sepanjang hari, mengambil result UPSR.

Bagi yang berjaya, tahniah aku ucapkan. bagi yang gagal, silalah kahwin. Eh? Fail SPM baru boleh kahwin ya? OK. bagi yang gagal, cuba lagi untuk exam PMR.

Oleh kerana itu, hari ini aku dengan berbesar hatinya ingin berkongsi pengalaman aku ketika ambil result UPSR dulu.

Aku ambil UPSR masa aku darjah 6 pada tahun 1996. Synchronize kan? Darjah 6 dan tahun 1996. Nombor 6 dihujung keuda-dua ayat. Cool kan?

Aku ambil UPSR pada bulan Julai tahun tersebut. Dan result pula hanya keluar pada bulan November. Aku tak tahu siapa punya kerja bangang susun jadual suruh budak-budak batch aku ambil UPSR awal sangat. Masa zaman aku, aku cuma ambil 4 subjek sahaja. Jadi paling tinggi pun, bole hdapat 4A. Bukan 5A macam sekarang.

Kemudian, kami menjalani honeymoon selama 3 bulan. 3 bulan seterusnya, kami datang sekolah macam pergi melepak dengan kawan-kawan di shopping mall.

Sepanjang 3 bulan, cikgu dah tak hiraukan aku dan budak-budak Darjah 6 lagi. jadi kami buat aktiviti sendiri. Antara aktiviti yang kami buat ialah lawan daun pakau (first time aku belajar main beda alah ni), buat pertandingan pemadam (aku johan), buat pertandingan Tamiya (aku johan juga menggunakan kereta Dash 1: Emperor) dan lain-lain lagi.

Sebelum UPSR lagi, cikgu-cikgu yang mengajar kelas aku sudah meletakkan target pelajar mana yang akan mendapat 4A. Cikgu aku meletakkan 20 orang sebagai sasaran 4A. Aku tiada dalam target tersebut sebab setiap kali exam, aku akan dapat kedudukan antara nombor 28 hingga 23. Tiada dalam top 20. Budak kelas aku ada dalam 40 orang lebih.

Aku pun tak target boleh dapat 4A. Aku target 3A 1B saja. English memang kelemahan aku, lagi-lagi bahagian isi tempat kosong. Paper english masa aku ambil tu ialah paper format baru. Lagilah menambahkan kesuakaran untuk aku skor A.

Jadi hari masa aku mengambil result, aku datang sekolah dengan tenang, sebab aku memang tak target dapat 4A. Jadi kalau tak dapat, tak lah kecewa sangat. Sebab itu aku tenang.

Masa aku sampai sekolah, aku tengok cikgu-cikgu yang mengajar aku semua tengah duduk dekat meja cikgu. Semua tengah tunduk. Muka sedih. Ada yang tengah menangis. Berdebor juga hati tengok babak-babak tak sepatutnya terjadi dekat sekolah ini terjadi depan mata aku.

Aku terus keluar kelas. Lepak dengan budak-budak kelas lain yang ada dekat luar. Dari mulut Khir, budak sekelas aku, aku dapat tahu yang result UPSR tidak seperti apa yang cikgu-cikgu aku target. Sudah. Aku sudah mula cuak dengan situasi ini.

Kemudian, aku dan kawan-kawan aku terserempak dengan seorang cikgu yang aku sudah lupa siapa. Tapi cikgu ini tak ajar kelas aku. Dia yang bocorkan keputusan UPSR pada ak udan kawan-kawan aku. Menurut cikgu yang bermulut becok tersebut, cuma 8 orang sahaja yang dapat 4A. 12 orang yang tersasar dari target. Ramai tu. Dan menurut cikgu tersebut, aku dapat 3A 1B.

Bila dapat tahu yang aku dapat 3A 1B, aku menjadi tenang. Terus hilang segala kegusaran dalam hati. Tak lama lepas itu, cikgu kelas aku panggil suruh masuk kelas, dia nak umumkan result UPSR. Kami semua masuk dalam kelas.

Dan seperti apa yang cikgu becok itu katakan, aku dapat 3A 1B. Aku happy kerana apa yang aku sasarkan menjadi kenyataan.

Sementara itu, 12 orang yang sepatutnya disasarkan mendapat 4A tapi tak dapat mendapat result yang jauh dari sasaran. Ada yang dapat 3A 1C. Ada yang dapat 2A 2C. memang jauh meleset.

Ada kawan aku yang diletakkan sebagai target 4A, mendapat keputusan meleset. Sudahlah dia anak cikgu dekat sekolah tu. Dia terus lari keluar kelas sebab tak dapat menerima kenyataan.

Tergempar sekejaplah kami bila dapat tahu kehilangan dia. Sebahagian kawan-kawan aku pergi sampai ke bus station. Siap terjumpa emak dan abah aku yang tengah meniaga masa itu.

Aku? Aku malas nak cari. Lagipun, masa budak-budak tu keluar cari kawan aku yang hilang, aku dalam toilet. Keluar dari toilet, aku dapat tahu budak-budak ni dah keluar mencari dia.

Setelah menyedari yang aku sudah ditinggalkan oleh kawan-kawan aku, aku pun pergi berjalan-jalan dengan seorang budak perempuan kelas aku. Kami berjalan ke belakang dewan.

Dekat belakang dewan, aku terjumpalah dengan kawan aku yang konon-kononnya lari tu. Dia sedang dipujuk oleh budak-budak perempuan yang lain. Facepalm. hahahahaa!

Jadi itu sahajalah pengalaman aku ambil result UPSR. Apa? Tak menarik? kau ingat ini cerita Hollywood ke yan gdipenuhi dengan dengan babak meletup-letup bangunan? Kisah aku ambik result UPSR kot. What do you expect?  - dipetik dari blog http://sadaramoi.blogspot.my
Kepada yang akan ambil Keputusan atau Result UPSR tu bolehlah sediakan hati dan mental. Apapun keputusan kena terima dengan hati terbuka kerana peperiksaan UPSR bukanlah perakhiran pembelajaran anda. Boleh tingkatkan usaha untuk PT3 dan SPM kelak.

Isnin, Julai 17, 2017

Permohonan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) bermaksud pembiayaan yang mana jumlah bayaran balik tajaan yang diterima boleh diubah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan tertakluk kepada budi bicara Yayasan Bank Rakyat. Antara bank  yang turut terkehadapan dalam konteks pinjaman pendidikan adalah Bank Rakyat

Bank Rakyat yang terkenal dengan Yayasan Bank Rakyat turut menawarkan pinjaman pendidikan kepada para penunut IPTA dan IPTS. Antara bidang pengajian yang diutamakan adalah Perakaunan, Perbankan, Pengurusan Perniagaan, Sumber Manusia, Ekonomi, Komunikasi Media, Undang – Undang, dan Sains Aktuari. Akan tetapi Yayasan Bank Rakyat  tetap menaja semua bidang lain kecuali Perubatan dan Penerbangan (Lesen). 

Bagi peringkat luar negara, jumlah tajaan yang akan diberikan merangkumi yuran pengajian dan kos sara diri. 

Di samping itu, Yayasan Bank Rakyat juga turut memperkenalkan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) bagi pelajar yang menuntut secara sepenuh masa. Antara syarat yang ditetapkan bagi pemohon adalah pemohon mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia yang telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian serta memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan. 

Seterusnya berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa membuat Pembiayaan PPBU dan tidak melebihi  30 tahun semasa tamat pengajian (Permohonan Sijil Kemahiran, Diploma, Diploma Vokasional, Ijazah Sarjana Muda dan Professional). 

Manakala bagi pemohon peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) pula, pemohon dikehendaki menamatkan pengajian sebelum berumur 45 tahun. Pemohon hendaklah mengikuti pengajian dalam sepenuh masa. 

Bagi pemohon yang berstatus pelajar separuh masa tidak layak memohon pinjaman ini. Selain itu, Yayasan Bank Rakyat juga turut menawarkan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) atau biasiswa untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Luar Negara melibatkan kursus yang berkaitan dengan perbankan.

Syarat kelayakan PPBU

Antara syarat kelayakan akademik yang diperlukan untuk memohon bagi peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D) adalah sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana dengan CGPA 3.00 ke atas atau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.75 ke atas atau kelulusan yang setara dengannya. 

Bagi Peringkat Ijazah Sarjana, pemohon mestilah sekurang-kurangnya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.00 ke atas manakala bagi Peringkat Ijazah Sarjana Muda pula antara pemohon disyaratkan sekurang-kurangnya berkelulusan Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas atau Matrikulasi dengan CGPA 3.0 ke atas atau Sijil  Tinggi Pelajaran (STPM) dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0 atau Sijil Tinggi Agama (STAM) dengan sekurang-kurangnya mendapat kelulusan Jayyid Jiddan atau Mumtaz dengan kelulusan yang setara dengan STPM.

Seterusnya bagi peringkat Diploma, pemohon mestilah sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya mendapat 5A dan 4B (tiada gred C dan ke atas) manakala bagi peringkat Diploma Kemahiran pula pemohon disyaratkan sekurang-kurangnya berkelulusan sedang atau telah mengikuti kursus tahap 2 bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Lulus SPM bagi pemohon Sijil Kemahiran yang lain. Bagi peringkat Sijil Kemahiran, pemohon perlu berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta dua (2) kredit di dalam mana-mana mata pelajaran yang lain.  

Yayasan Bank Rakyat akan  menaja Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) atau biasiswa bagi peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D), Ijazah Sarjana (Master), Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian (diiktiraf oleh MQA) dan Diploma Kemahiran Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) atau Sijil Kemahiran lain yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)/MQA/badan Kerajaan yang berkenaan.  

Cara memohon

Bermula pada  tahun 2010, semua permohonan hendaklah dibuat secara 'on-line' sahaja dengan melayari laman web Yayasan Bank Rakyat di http://www.yayasanbankrakyat.com.my. Tiada sebarang pindaan boleh dilakukan sebaik sahaja permohonan dihantar. Setiap permohonan perlu diisi dengan maklumat yang betul dan tepat. 

Permohonan akan ditolak sekiranya maklumat yang diberikan tidak tepat. Bagi mengetahui sama ada Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) atau biasiswa telah berjaya atau tidak berjaya, semakan boleh dibuat melalui laman web YBR, emel pemohon dan melalui SMS yang akan dihantar oleh pihak YBR.

Jumlah tajaan atau pembiayaan

Jumlah tajaan bagi Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) atau Biasiswa adalah bergantung kepada peringkat pengajian. Bagi  peringkat Ijazah Kedoktoran jumlahnya adalah sebanyak RM18,600 setahun. Bagi peringkat Ijazah Sarjana pula maksimum RM12,000 setahun. Seterusnya bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda telah ditetapkan maksimum RM9,500 setahun (UITM hanya RM6,500). Bagi peringkat Diploma, maksimum RM7,500 setahun (UITM & Politeknik hanya RM5,000). Bagi Diploma Kemahiran jumlah yang ditawarkan adalah sebanyak RM30,000 bagi tempoh 2 tahun manakala bagi peringkat Sijil Kemahiran, jumlah yang ditawarkan adalah sebanyakRM4,920 bagi setiap satu tahap dan peruntukan merangkumi yuran dan saraan diri.

Tempoh permohonan

Permohonan PPBU bagi sesi 2017/2018 akan dibuka mengikut 2 peringkat. Peringkat pertama dibuka pada Mei 2017 sehingga Julai 2017 adalah bagi permohonan peringkat Diploma, Diploma Kemahiran dan Sijil Kemahiran manakala peringkat kedua dibuka pada Julai 2017 sehingga September 2017 adalah bagi permohonan peringkat Ijazah Sarjana Muda, Professional, Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.

Akhir sekali sekiranya tidak terpilih untuk disenarai pendek dalam pemilihan calon Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) atau Biasiswa, sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan. Sila cuba lagi memohon pada tempoh Pembiayaan PPBU tahun berikutnya. Pembiayaan PPBU boleh dilakukan apabila tempoh tajaan sesuatu peringkat dibuka. Pemohon diingatkan untuk mendaftar Akaun Portal YBR terlebih dahulu sebelum melakukan permohonan.