Memaparkan catatan dengan label Education. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Education. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Julai 2017

Jumaat, Julai 14, 2017

Adakah Pinjaman Pendidikan Ditawarkan Di Bank Islam?

Adakah pinjaman pendidikan ditawarkan di Bank Islam? Kami banyak mendapat soalan mengenai perkara ini dan rasanya menulis satu post mengenai topik ini dapat menjawap persoalan ini. Sebelum kita menjawap persoalan ini ada baiknya kita melihat dahulu sedikit sebanyak mengenai latar belakang Bank Islam dan kemudahan-kemudahan yang ada disediakan di bank tersebut.

Pinjaman Pendidikan Bank Islam untuk pelajar?

Sedikit maklumant mengenai Bank Islam

Bank Islam yang pertama di Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Mac 1983, iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan ianya tertakluk di bawah Akta Bank Islam 1983. BIMB mula beroperasi pada 1 Julai 1983 dengan modal yang dibenarkan sebanyak RM500 juta dan modal berbayar sebanyak RM79.9 juta. 

Pada masa tersebut, BIMB hanya mempunyai satu cawangan iaitu di Kuala Lumpur. Seterusnya, BIMB telah disenaraikan di papan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 17 Januari 1992, dengan modal dibenarkan sebanyak RM500 juta dan modal berbayar sebanyak RM79.9 juta. BIMB juga merupakan anak syarikat kepada BIMB Holdings Berhad (BHB) yang merupakan syarikat pegangan pelaburan yang menjalankan operasi kewangan berpandukan prinsip-prinsip Syariah. 

BHB ini telah diperbadankan di Malaysia pada 20 Mac 1997 dan telah disenaraikan di papan utama BSKL pada 16 September 1997. Modal dibenarkan BHB ialah RM2 billion dan modal berbayarnya pula adalah RM562,965,000.00. 

Aktiviti BIMB juga turut bertambah selari dengan perkembangan sektor kewangan Islam meliputi aktiviti asas iaitu perbankan dan produk-produk perbankan di samping aktiviti lain seperti insurans, pelaburan saham, sewa beli, penyelidikan dan latihan serta lain-lain perkhidmatan perbankan Islam. 

BIMB juga telah berkembang dan menjadi sebuah institusi kewangan yang disegani dengan mempunyai rangkaian 85 cawangan di merata tempat di Malaysia. BIMB juga telah menyediakan lebih kurang 50 jenis produk dan perkhidmatan yang inovatif dan kompetitif di dalam pasaran setanding dengan produk dan perkhidmatan di bank-bank konvensional. 

Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BIMB melibatkan dua kumpulan pelanggan yang utama iaitu penyimpan dan pelabur. Bentuk-bentuk perniagaan yang dijalankan atau lebih tepat lagi rangkaian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan terdiri dari lima kategori yang utama iaitu perbankan elektronik, perkhidmatan deposit, pembiayaan pengguna atau runcit, pembiayaan perdagangan dan perkhidmatan lain. 

Produk dan perkhidmatan perbankan elektronik termasuklah perbankan internet, kad smart, rangkaian MEPS dan GIRO dan perbankan desktop. Seterusnya perkhidmatan dan produk deposit meliputi semua akaun simpanan dan akaun semasa termasuklah akaun pelaburan simpanan mudharabah dan sijil hutang. 

Pembiayaan pengguna pula merujuk kepada pembiayaan untuk individu seperti rumah, kereta, pendidikan, overdraf dan sebagainya. Manakala pembiayaan perdagangan adalah pembiayaan modal pusingan, bil penerimaan Islam (Islamic Accepted Bill- lAB), skim pembiayaan semula kredit eksport (Islamic Export Credit Refinancing Scheme - IECR), surat kredit dan surat jaminan. 

Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah kiriman wang, jual beli cek kembara, pengurusan pelaburan dan portfolio, jual beli mata wang asing, pembayaran zakat dan jualan amanah saham bank Islam. Setelah lebih 20 tahun beroperasi, BIMB kini menuju era baru untuk menjadi sebuah institusi kewangan yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan kewangan seluruh rakyat Malaysia. 

Daripada rangkaian 50 jenis produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BIMB sebagaimana yang telah diterangkan, kad KBI merupakan produk terkini yang berada dalam pasaran. Namun begitu, setakat ini pihak Bank Islam masih belum menawarkan sebarang pinjaman pendidikan buat pelajar di luar sana. 

Pembiayaan pendidikan dari bank lain 

Ketiadaan skim pinjaman pendidikan dari BIMB ini bukanlah penamat kepada usaha anda melanjutkan pengajian anda. Ini kerana bank-bank lain ada juga menyediakan skim pembiayaan pendidikan berbentuk pinjaman mahupun biasiswa.

Pembiayaan pendidikan Maybank Berhad

Pihak Maybank Berhad bank yang ada menawarkan pembiayaan pendidikan dalam bentuk pinjaman dan juga biasiswa. Pihak Maybank telah mengorak langkah dengan memperkenalkan Skim Prihatin Pendidikan 1 Malaysia (SPP1M). 

Skim ini adalah skim pembiayaan pendidikan tambahan kepada dana atau pembiayaan sedia ada untuk pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian di institusi-institusi dalam negara. Skim yang telah dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak ini akan membantu pelajar IPT dalam bidang yang tertentu seperti Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kewangan, Perbankan, Insurans, Perakaunan, Percukaian), Undang-undang termasuk undang-undang Syariah, Kejuruteraan, Sains dan Sains Kesihatan, Sains Komputer, Senibina juga bagi mereka yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang perubatan klinikal, pergigian, dan farmasi. 

Skim ini telah dikelola sepenuhnya oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah pemohon mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia, mengambil kursus yang diiktiraf serta diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), serta pemohon mestilah menuntut di Institusi Pengajian Tinggi yang berdaftar.

Pinjaman Pendidikan Bank Rakyat

Di samping itu antara bank lain yang turut terkehadapan dalam konteks pinjaman pendidikan adalah Bank Rakyat. Bank Rakyat yang terkenal dengan Yayasan Bank Rakyat turut menawarkan pinjaman pendidikan kepada para penunut IPTA dan IPTS. Antara bidang pengajian yang diutamakan adalah Perakaunan, Perbankan, Pengurusan Perniagaan, Sumber Manusia, Ekonomi, Komunikasi Media, Undang – Undang, dan Sains Aktuari. Akan tetapi Yayasan Bank Rakyat  tetap menaja semua bidang lain kecuali Perubatan dan Penerbangan (Lesen). Bagi peringkat luar negara, jumlah tajaan yang akan diberikan merangkumi yuran pengajian dan kos sara diri.

Pembiayaan Pendidikan CIMB Bank

Selain pembiayaan pendidikan dari Maybank dan Bank Rakyat, CIMB Bank juga ada menyediakan skim pembiayaan pendidikan berbentuk tajaan pendidikan untuk pelajar-pelajar yang layak dan berminat. Biasiswa CIMB Bank adalah antara biasiswa yang popular dalam kalangan pelajar. Anda boleh berhubung terus dengan bank-bank yang disebut di atas untuk maklumat lanjut mengenai skim pembiayaan pendidikan yang ditawarkan oleh pihak mereka. 

Konklusinya, pihak Bank Islam dicadangkan untuk mengadakan skim pinjaman pendidikan bagi pelajar IPTA dan IPTS di Malaysia memandangkan permintaan yang tinggi dalam kalangan warga IPT. Diharapkan pihak Bank Islam Malaysia Berhad mempertimbangkan cadangan ini agar dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi bersama dengan institusi-institusi bank yang lain di Malaysia.

Jumaat, 16 Jun 2017

Jumaat, Jun 16, 2017

Maxis Scholarship (BIASISWA MAXIS) Programme Untuk PELAJAR Dalam Negara Dan Luar Negara

Maxis Scholarship (Biasiswa Maxis) programme untuk pelajar dalam negara dan luar negara tahun ini kembali ditawarkan untuk pelajar yang layak dan berminat untuk memohon. Pelajar yang belum mendapat tajaan dari mana-mana pihak boleh cuba merebut peluang ini.

maxis scholarship (biasiswa maxis) for foreign / local university

Maxis scholarship atau Biasiswa Maxis ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang berkelayakan untuk memohon terutama kepada para pelajar yang sudah mendapat tempat atau tawaran untuk belajar di universiti tempatan atau luar negara adalah digalakkan untuk memohon.

Pelajar yang memohon juga perlu mempunyai kelayakan akademik yang baik dan berminat dalam bidang keusahawanan dan bekerja dalam persekitaran yang pantas.

Pemohon juga wajib mempunyai kebolehan menulis dan bertutur dengan baik dalam Bahasa English. Rasanya ini salah satu kriteria yang amat penting juga yang anda perlu ada untuk melayakkan diri memohon.

Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai pengalaman berkerja sekurang-kurangnya 3 tahun dan mempunyai nilai/perwatakan kepimpinan yang tinggi.

Selain itu anda juga mestilah seorang yang sukakan cabaran, bermotivasi dan perwatakan yang dinamik.

Kriteria di atas adalah syarat-syarat asas sahaja. Untuk yang lebih terperinci anda boleh berhubung terus dengan pihak Biasiswa Maxis untuk maklumat lanjut.


Tarikh Tutup Permohonan

Jika anda berminat untuk mendaftar, sila semak tarikh tutup menghantar permohonan di laman Website Rasmi Maxis. 

Anda dinasihatkan untuk menghantar permohonan sebelum atau pada hari tarikh tutup yang ditetapkan dalam iklan Biasiswa Maxis di laman web rasmi mereka.

Sila rujuk di sini maklumat lebih terperinci dan tentang cara-cara memohon Biasiswa Maxis  

Maxis scholarship Interview

Ada yang bertanya, adakah akan ada sesi Maxis scholarship interview kepada mereka yang disenarai pendek (shortlisted)? Biasiswa dari syarikat-syarikat korporat biasanya akan adakan interview untuk pelajar-pelajar yang dipilih untuk mendapat biasiswa dari mereka.

Tidak terkecuali Maxis scholarship juga akan mengadakan interview untuk calon-calon yang kena shortlisted untuk biasiswa mereka.

Untuk mempersiapkan diri anda menghadapi Maxis scholarship interview, ada banyak tips-tips yang ada. Anda hanya perlu cari internet. Salah satu perkongsian pengalaman mengadiri temuduga Maxis ialah di sini.

Maxis Scholarship Postgraduate

Untuk maklumat terkini mengenai Maxis scholarship postgraduate, anda digalakkan berhubung terus dengan pihak Maxis. Ketika ini belum ada maklumat mengenai biasiswa maxis untuk pelajar postgraduate. 

Jika berminat anda digalakkan untuk berhubung terus dengan Maxis Malaysia.

Kepada yang memohon Maxis Scholarship (Biasiswa Maxis) kami mengucapkan semoga berjaya. Sebelum memohon sekali lagi ada digalakkan membaca dengan teliti maklumat-maklumat berkaitan biasiswa ini untuk menyediakan anda.

Khamis, 15 Jun 2017

Khamis, Jun 15, 2017

OCBC Malaysia SCHOLARSHIP Borang Permohonan Online (DOWNLOAD)

OCBC Bank Malaysia menawarkan biasiswa (scholarship) untuk pelajar Malaysia yang mempunyai keputusan akademik yang tinggi. Peluang ini terbuka untuk para pelajar Malaysia yang belum mendapat tajaan pengajian dari mana-mana sumber boleh mencuba nasib untuk memohon biasiswa ini.

Seperti mana biasiswa korporat yang lain seperti Biasiswa Petronas, Biasiswa Shell Malaysia, Biasiswa IJM dan lain-lain, Biasiswa OCBC Bank Malaysia ini juga mewajibkan pelajar di bawah tajaannya untuk berkhidmat dengan OCBC Bank selepas pelajar tersebut menghabiskan pengajian mereka.

OCBC Malaysia Scholarship Application Form Online download

Ini bermakna, pelajar di bawah tajaan OCBC Bank akan terus ditawarkan pekerjaan sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian mereka dengan jayanya.

Apa yang baik dalam sistem ini ialah pelajar tersebut sudah mempunya pekerjaan tersedia selepas mereka menghabiskan pengajian mereka kelak.

Ini membolehkan pelajar tersebut tidak perlu risau mengenai pekerjaan selepas habis pengajian dan dapat menumpukan sepenuh perhatian menimba ilmu dan usaha untuk belajar dan mendapat keputusan yang baik dalam pengajian mereka.

Sering kali kita mendengar ramai pelajar yang menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian. Biasiswa OCBC Bank ini tentunya amat baik dan peluang baik untuk direbut oleh pelajar yang layak dan berminat.

Untuk membuat permohonan anda boleh membaca info lanjut di Biasiswa OCBC Bank Malaysia

Maklumat lengkap dan cara-cara membuat permohonan ada dijelaskan dengan terperinci di sana. Anda juga digalakkan untuk berhubung terlebih dahulu dengan pihak OCBC Bank untuk maklumat terkini sebelum menghantar permohonan anda.

Jika anda berminat dan layak, apa yang perlu anda buat adalah memuat turun borang permohonan dari laman web rasmi OCBC bank. 

Jika anda berminat dan memohon OCBC Malaysia Scholarship, kami mengucapkan semoga berjaya. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan anda yang mungkin berminat.

Jumaat, 17 Mac 2017

Jumaat, Mac 17, 2017

Pameran Pendidikan StudyMalaysia Di Sabah Tahun Ini

Pameran Pendidikan (Education Fair) StudyMalaysia di Sabah tahun ini. Hujung minggu lepas saya berpeluang untuk mengunjungi pameran pendidikan anjuran StudyMalaysia dari 11 - 12 March 2017 yang bertempat di Suria Sabah Shopping Mall di Kota Kinabalu.

Setiap tahun StudyMalaysia akan mengadakan education fair di Sabah dan tahun ini tidak terkecuali. 

Cuma tahun ini agak sedikit institusi pendidikan awam dan swasta yang turut serta kerana acara anjuran StudyMalaysia  ini bertembung dengan Jom Masuk U Carnival anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) di 1Borneo Mall pada hari dan masa yang sama.

Ini menyebabkan education fair anjuran StudyMalaysia di Suria Sabah kurang pengunjung pada kali ini.
Pastinya dari segi pulangan kewangan dari anjuran pameran pendidikan kepada pihak penganjur StudyMalaysia juga agak sedikit pada tahun ini.

Pameran Pendidikan di Sabah StudyMalaysia


Apa pun selepas melawat semua booth pameran dari berberapa institusi pendidikan awam dan swasta saya mendapat ada juga sedikit pengetahuan tambahan yang dapat diperolehi terutamanya jenis-jenis kursus dan hala tuju selepas SPM.

Pengunjung dinasihatkan untuk mengambil masa, berfikiran terbuka, banyak bertanya dan jangan terburu-buru semasa mengunjungi pameran-pameran pendidikan seperti ini kerana wakil atau kakitangan dari kolej-kolej swasta ini sudah tentu akan mengambil peluang promosi dan menarik minat pelajar-pelajar untuk belajar di kolej dan universiti mereka.


Sudah tentu para pelajar akan mendapat pelbagai info dan maklumat, tidak jarang berlaku kecelaruan semasa membuat perancangan dan pertimbangan semasa membuat pilihan untuk memilih halatuju selepas SPM

Memang pameran-pameran pendidikan seperti ini wajar dibuat dari masa ke semasa untuk membolehkan pelajar mendapat info terkini mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran di dalam negara mahupun di luar negara.

Selepas  ini saya difahamkan akan ada pula Karnival Pendidikan MARA di Suria Sabah selepas keputusan SPM diumumkan.

Rabu, 22 Februari 2017

Rabu, Februari 22, 2017

Biasiswa Yayasan Sime Darby (YSD) Untuk Pelajar Cemerlang

Biasiswa Yayasan Sime Darby (YSD) Untuk Pelajar Cemerlang. Selepas keputusan SPM atau STPM diumumkan tentu anda tercari-cari tempat untuk sambung pengajian bukan? Jika jawapannya YA bermaksud anda memerlukan bantuan kewangan sama ada dalam bentuk pinjaman pelajaran atau biasiswa.

Biasiswa Yayasan Sime Darby (YSD) biasanya dibuka setiap tahun untuk pelajar cemerlang untuk memohon. Pada ketika artikel ini ditulis website rasmi YSD ada memamparkan berberapa jenis biasiswa yang terbuka untuk pelajar memohonnya.

Antaranya ialah Sudirman Scholarship Fund dan juga biasiswa untuk anak-anak pekerja Sime Darby. Jangan lepaskan peluang ini anda boleh memohon terus secara online.

Permohonan online biasiswa Yayasan Sime Darby (YSD) untuk pelajar cemerlang di Malaysia

Untuk membuat permohonan sila rujuk maklumat lanjut dan cara memohon di Tawaran Biasiswa Yayasan Sime Darby (YSD)

Kepada anda yang ada membuat permohonan kami mengucapkan selamat berjaya!

Jumaat, 10 Februari 2017

Jumaat, Februari 10, 2017

Tarikh Semakan Keputusan STPM Penggal 1

Tarikh semakan keputusan STPM Penggal 1. Adakah anda tertunggu-tunggu keputusan STPM Penggal 1 2017? Jika YA maka penantian anda akan berakhir tidak lama lagi. Ini kerana keputusan STPM Penggal 1 akan di umumkan bulan ini.

Menurut semakan terkini menerusi paparan di laman website rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) keputusan STPM Penggal 1 2017 boleh disemak bermula 16 Februari 2017. Pelajar yang ada menduduki peperiksaan tersebut boleh membuat semakan bermula pada tarikh tersebut.

Bagaimana buat semakan keputusan STPM Penggal 1 2017?

Anda boleh berbuat demikin dengan mudah iaitu hanya melalui sistem pesanan ringkas (Short Messege System - SMS) menggunakan telefon mudah alih (smartphone) anda.

Apa yang anda perlu buat ialah ikut arahan seperti yang ada ditunjukan dalam gambar di bawah:

semakan keputusan STPM penggal 1 untuk pelajar

READ ALSO:  Semakan Keputusan SPM Guna SMS

Kepada anda yang mendapat keputusan yang baik kami ucapan TAHNIAH! Kepada yang kurang baik anda boleh cuba lagi.

Khamis, 2 Februari 2017

Khamis, Februari 02, 2017

Diploma Seni Kulinari Di Sabah Diminati Pelajar Lepasan SPM

Kursus Diploma Seni Kulinari adalah antara kursus yang paling diminati oleh  pelajar-pelajar di Sabah. Situasi ini mungkin disebabkan perkembangan sektor pelancongan dan juga kesukaran mendapat pekerjaan di sektor-sektor yang lain.

Antara kolej di Sabah yang menawarkan kursus Seni Kulinari ialah Kolej Cosmopoint Sabah yang terletak di Wisma Times, Jalan Tuaran Bypass. Kolej ini mempunyai pelajar yang amat ramai dengan kemudahan pembelajaran yang lengkap dan amat murah berbanding dengan kolej swasta lain yang menawarkan kursus peringkat diploma yang sama di Sabah.

Program diploma seni kulinari di kolej cosmopoint sabah

Menurut pegawai pendaftar di Kolej Cosmopoint Sabah, yuran kursus Diploma Seni Kulinari di Kolej Cosmopoint Sabah hanya berjumlah RM22,400 dengan asrama disediakan secara percuma sepanjang pengajian untuk pelajar-pelajar baru sesi pengajian 2017.

Pelajar-pelajar yang mengambil kursus ini juga akan dibantu mendapatkan tempat praktikal dan pekerjaan selepas habis belajar.

Menurut pegawai tersebut, setakat ini tidak ada rekod menunjukkan adanya graduan Diploma Seni Kulinari dari kolej ini yang menganggur malah mereka mula mendapat tawaran kerja seawal masa mereka masih menjalankan program latihan industri (praktikal) di hotel-hotel bertaraf 4 hingga 5 bintang di Sabah, Labuan dan Semenanjung Malaysia yang mempunyai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Kolej Cosmopoint Sabah.

Tahun ini mereka mensasarkan untuk mengeluarkan lebih ramai graduan dalam bidang Seni Kulinari.

Kolej Cosmopoint Sabah adalah kolej swasta milik Ekuinas (sebuah badan pelaburan milik kerajaan) dan kursus-kursus diploma yang ditawarkan di kolej ini sudah mendapat pengiktirafan penuh dari Malaysian Qualification Agency (MQA).

Berdasarkan kajian dan maklum balas industri dan rakan kerjasama kolej ini, keperluan industri di Sabah sahaja amat besar dalam bidang ini dan mereka yang mahir dan berkelayakan dalam bidang ini masih amat tidak mencukupi.

Pelajar yang sedang mencari-cari arah tuju karier masa depan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar boleh mempertimbangkan bidang kemahiran dalam seni kulinari kerana peluang pekerjaan dan perniagaan yang amat luas.

Graduan dalam bidang seni kulinari bukan sahaja boleh berkerja di Malaysia malah di luar negara yang menawarkan gaji yang amat lumayan

Mereka yang tidak berminat berkerja dengan mana-mana agensi atau syarikat boleh juga mempertimbangkan untuk memulakan perniagaan sendiri.

Pelajar yang berminat boleh berhubung terus dengan pihak Kolej Cosmopoint Sabah. Kami difahamkan bahawa bantuan pinjaman pendidikan dari PTPTN boleh diperolehi berserta biasiswa-biasiswa yang ditaja oleh pihak Kumpulan Pendidikan ILMU.

Selasa, 3 Januari 2017

Selasa, Januari 03, 2017

Cara Dapatkan Balik Sijil SPM atau PMR Yang Hilang

Cara dapatkan balik Sijil SPM, STPM atau PMR yang hilang - Tahukah anda bahawa jika sijil akademik anda hilang, anda tidak perlu risau sebab anda boleh sahaja mendapatkannya semula dengan senang.

Ya, untuk dapatkan sijil akademik yang hilang anda hanya perlu berhubung dengan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ada berberapa cara untuk anda boleh dapatkan kembali sijil SPM, STPM atau PMR anda yang hilang.

a. Anda datang sendiri ke kaunter Lembaga Peperiksaan di alamat berikut:

LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,
BLOK E 11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
PRESINT 1,
62604 PUTRAJAYA
(UP: UNIT KECIL SIJIL)
TEL: 03-88843526 / 03-8884 3528 / 03-8884 3031
Anda boleh datang semasa waktu pejabat
*Isnin - Khamis: 8.30 pagi - 4.30 petang
*Jumaat: 8.30 Pagi - 12.30 T.hari - 2.45 petang - 4.30 petang

b. Anda boleh dapatkan semula salinannya melalui pos. Sila download borang permohonan salinan sijil SPM, STPM atau PMR anda di SINI

Lengkapkan borang tersebut dan poskan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sila semak/berhubung dengan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia sebelum anda berbuat demikian.

Untuk maklumat lebih terperinci anda boleh rujuk artikel ini Permohonan Salinan Sijil SPM,STPM atau PMR hilang.

Diharapkan maklumat ini berguna untuk anda. Sila kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Khamis, 15 Disember 2016

Khamis, Disember 15, 2016

Mohon ASEAN Scholarships Sambung Master Degree Ke Singapura.

ASEAN Scholarships (Biasiswa ASEAN) for Master Degree di Singapura - Pernah terfikir nak sambung pengajian peringkat Master Degree? Kalau minat dan layak baru-baru ini ada peluang belajar ke Singapura guna biasiswa ASEAN.

Biasiswa ini adalah  khas untuk pelajar yang hendak belajar peringkat master degree di negara-negara angota pertubuhan ASEAN untuk berberapa bidang-bidang tertentu yang terpilih sahaja. Antara bidang-bidang yang ditawarkan ialah seperti di bawah. Sila baca senarai tersebut.

Borang permohonan Biasiswa ASEAN untuk sambung belajar ke Singapura
Biasiswa ASEAN untuk sambung belajar ke Singapura

Kalau nak memohon ASEAN Scholarship ini kena layari laman website rasmi mereka. Semua penjelasan terperinci termasuk bagaimana proses memohon biasiswa ini ada di sana.

Untuk maklumat awal dan tambahan sila layari ASEAN Scholarship Info. Di situ agak lengkap juga. Apa pun anda kalau serius nak memohon dan perlukan maklumat terperinci dan terkini dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pemberi biasiswa.

Tarikh tutup untuk menghantar permohonan untuk ASEAN Scholarship ini semakin dekat iaitu 31 December 2016. Kena hantar permohonan sebelum atau tepat pada tarikh tutup tersebut. Pihak mereka biasanya tidak akan layan permohonan yang lambat diterima.

Jika maklumat ini berguna, diharap kongsikan (share) kepada kawan-kawan yang lain. Mungkin mereka berminat.

Rabu, 19 November 2014

Rabu, November 19, 2014

UTP is the first in Malaysia received 4 QS star rating

One of our private university in Malaysia received 4 QS star rating. Universiti Teknologi Petronas (UTP) has emerged as the first private university in Malaysia to receive four Quacquarelli Symonds (QS) stars rating. QS stars is a rating system which enables students to get a wider picture of an institution’s qualities from employability of graduates, to sports facilities, and community engagement.

Last year, UTP earned three stars, and this year, the institution gained four starts which stands for “highly international” and demonstrating excellence in both research and teaching.

“The QS stars rating system is widely recognised across the world and this award will help further develop the university’s growing international reputation,” said UTP Vice-Chancellor Datuk Dr Abdul Rahim Hashim.

Khamis, 13 November 2014

Khamis, November 13, 2014

Tokyo University of Science coming to Malaysia soon

It was reported that Tokyo University of Science is interested to set up their branch campus in Malaysia. With this the opportunity of getting Japanese education is now possible and cheaper for Malaysian.

Malaysia is home to a number of branch campuses, and more being added every year. According to Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, several Japanese universities are keen on establishing a presence in Malaysia and their request are now being evaluated.

Among them is Tokyo University of Science, formerly Science University of Tokyo, the oldest private science university in Japan.

“We’ll look into their proposals. I don’t see any hindrances for them to do so,” he added.

One of the major selling points of foreign branch campuses is that fees are perceived to be lower and that academic standards are higher and of a similar quality to the main campus of the university running the branch campus.

Selasa, 11 November 2014

Selasa, November 11, 2014

Countries with the most educated women

Below are 9 countries with the most educated women in the world. Closer to home in Malaysia we have a very interesting report about this subject. It was reported that the number of women studying in higher learning education institutes are now increasing rapidly.

More women are enrolling in institutions of higher learning, says Deputy Education Minister Datuk Mary Yap. As of 2013, female enrollment in higher education institutes had reached 55.43 per cent. 

“Females have overtaken the males in tertiary education with a gender parity index of 1:1.24,” she said. She added that there is an approximately 11.52 per cent increase in the number of female students in the field of science, technology, and engineering.

Hopefully this will continue

Rabu, 26 Mac 2014

Rabu, Mac 26, 2014

Kuok Foundation Undergraduate Scholarship Awards (Malaysian & Singapore Public Universities)

Kuok Foundation undergraduate scholarship awards is now again available this year. It is open for all interested, qualified and deserving student in Malaysia to apply.

To apply for this scholarship you may download the online form through the link given here. Read on for more information and how to apply for this scholarship.

Jumaat, 21 Mac 2014

Jumaat, Mac 21, 2014

Khazanah Watan Scholarship 2014/2015

Here are some quick scholarship update. Khazanah Watan Scholarship 2014/2015 is now available.Qualified and interested students are encourage to apply. Deadline is on 30th March 2014, read on for more information about this scholarship.

The followings are some information about this scholarship opportunity.

Scholarship Info 
The Khazanah Watan Scholarship is a prestigious award that offers opportunities for talented and high-achieving Malaysians to pursue Undergraduate and Postgraduate studies at selected leading local universities.
The aim of the Khazanah Watan Scholarship Programme is two-fold; to train Malaysia’s brightest talents to transform its GLCs into competitive business locally and internationally; and to encourage individuals with excellent academic credentials to lead and participate in research initiatives that will contribute to the advancement of the universities’ reputation in research and innovation.

Rabu, 19 Mac 2014

Rabu, Mac 19, 2014

Pay RM1 for a foundation course with Stamford College Scholarship

I think this opportunity is one of the most interesting item that I wish to share with you. Student who are looking for place to do their Foundation Course should consider this offer seriously now. Scholarship is available and Stamford College is of one the oldest and the best private college in Malaysia.

College foundations will no longer be expensive. For just RM1, a student can take a course of his choice at Stamford College. 

Khamis, 13 Mac 2014

Selasa, 24 September 2013

Selasa, September 24, 2013

Samling Scholarship Application Form

Samling scholarship and bursary programme 2013/2014 is now open for application. If you are still looking for scholarship, this could be the best opportunity for you.

Submit your scholarship application before 30th Sept 2013. Download the application form at the link given below.

Rabu, 18 September 2013

Isnin, 9 September 2013

Isnin, September 09, 2013

Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2013/2014 Kini Telah Di Buka

Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2013/2014 kini telah di buka untuk pelajar untuk memohon. Kepada anda yang sedang ternanti-nanti untuk memohon biasiswa tersebut ini adalah peluang untuk anda.
 

Untuk membuat permohonan, anda boleh mengemukakan permohonan anda melalui Sistem Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2013 online.

Selasa, 27 Ogos 2013

Selasa, Ogos 27, 2013

Apply Indian Scholarship And Trust Fund (ISTF) Now!

Great news! Apply for Indian Scholarship and Trust Fund (ISTF) now! The ISTF scholarship is now open for application.

Local students of Indian origin pursuing a diploma or degree course in any institution of higher education in Malaysia may apply for financial assistance to help cover tuition costs. Application forms can downloaded from the website or obtained from the address given above. Shortlisted candidates will be called for interviews.