Memaparkan catatan dengan label Health. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Health. Papar semua catatan

Isnin, 29 Mei 2017

Isnin, Mei 29, 2017

Adakah Gambir Emas BAHAYA atau TIDAK? Wajib Baca Sebelum Beli

Adakah anda mahu membeli Gambir Emas? Anda mencari Gambir Emas tetapi tidak tahu siapa atau di mana pengedar sah Gambir Emas. Persoalan paling utama dan amat penting ialah adakah Gambir Emas bahaya atau tidak?

Persoalan adakah Gambir Emas bahaya atau tidak bukan perkara main-main. Tapi menurut iklan dan keterangan Gambir Emas mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor kelulusan KKM NOT151002720K

Ini bermakna Gambir Emas telah mendapat kebenaran untuk dipasarkan kepada pengguna.

Sebelum sesebuah produk itu dibenarkan untuk dipasarkan, ianya perlu terlebih dahulu menjalani penyelidikan dan kajian.

Jika hasil kajiannya menunjukkan produk kesihatan tersebut tidak memudaratkan kesihatan atau tiada kesan sampingan maka ianya akan dikeluarkan nombor kelulusan dan dibenarkan untuk dipasarkan.

Lantas, jika itu menjadi ukuran, boleh kita simpulkan bahawa Gambir Emas tidak bahaya dan selamat untuk digunakan.

Malah Gambir Emas memberi banyak kebaikan terutama untuk kaum lelaki. Apakah manfaat atau khasiat Gambir Emas?


Berikut ialah manfaat  yang boleh kita perolehi dari penggunaan Gambir Emas yang berterusan dan teratur.

Adakah Gambir Emas bahaya atau tidak

Jika anda  berminat untuk order Gambir Emas anda boleh order di ORDER GAMBIR EMAS ONLINE

Rahsia Khasiat Gamat Terapeutik Yang Mengagumkan

Gamat atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini disebabkan khasiat dan nilai terapeutiknya yang mengagumkan. Malah, kuasa penyembuhannya telah diagungkan dan dimanfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih 300 tahun dahulu. Rujuk disini

Gamat merujuk kepada sejenis haiwan yang hidup di dasar laut di dalam kelas Holothuroidea. Ia tidak mempunyai anggota yang menjulur keluar dan lebih berbentuk timun. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai timun laut di sesetengah tempat.

Gamat juga dijadikan sebagai minyak ubat, disebabkan ketahanannya yang mampu hidup walaupun dipotong dua, oleh itu dijadikan ubat bagi merawat luka dan untuk cepat sembuh selepas pembedahan dalam perubatan Melayu.

Rahsia Tongkat Ali Herba Tenaga Melayu Kuno

Tongkat Ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.

Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat sejak turun-temurun oleh orang Melayu. Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak (penggalak seks). Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap, disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida. Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting industri. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki

Menerusi kemajuan teknologi dan kajian saintifik, kini tongkat ali digunakan sebagai antara bahan utama di dalam pelbagai produk minuman, terutama kopi. Herba ini juga banyak dipasarkan dalam bentuk kapsul..

Rahsia Enzim Hirudin Pada Lintah Penyelamat Darah Beku
Lintah binatang yang tidak bertulang dikenali sebagai pemburu darah adalah dibawah keluarga filum Annelida sub kelas Hirudinea, hampir semua lintah adalah karnivor sebilanganya merupakan predator mendapat makanan dari jenis inverterbrata seperti siput, cacing dan larva serangga.

Diketahui ramai minyak mampu memanjangkan dan membesarkan zakar anda jika diamalkan secara konsisten Enzim Hirudin yang diambil dari lendir lintah mampu mengubati darah yang tersumbat dan beku, disebabkan kelebihan lintah inilah menyebabkan lintah antara binatang yang paling serasi dengan jolokan raja pembesar zakar.

Rahsia Habbatus Sauda, Ubat Segala Penyakit

Habbatus Sauda atau nama ilmiahnya adalah Nigella sativa, tingginya lingkungan 50 cm. Tanaman ini masih satu famili dengan Adas (Foeniculum capillaceum) dan Anise (Pimpinella anisum), sehingga terkadang dikira salah satu jenis tumbuhan adas. Buahnya berbentuk seperti kapsul, yang di dalamnya terdapat benih berwarna putih dengan bentuk segi empat. Warnanya cepat sungguh berubah menjadi hitam jika terkena dengan udara.

Imam Bukhori juga meriwayatkan hadist dari Aisyah R.A bahwasanya ia mendengar Nabi SAW bersabda; ” Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini merupakan obat bagi setiap penyakit, kecuali saam. Aku bertanya, “Apakah saam itu?”. Beliau menjawab, “Kematian.”

Diketahui Habbatus Sauda dapat memberikan kekuatan untuk daya tahan tubuh yang lebih lama, Mampu meningkatkan daya ingat, konsentrasi pikiran dan kewaspadaan, meningkatkan bioaktifitas hormon, meneutralkan racun dalam tubuh, mengatasi gangguan tidur dan stress, anti histtamin, memperbaiki saluran pencernaan dan anti bakteria, melancarkan air susu ibu (ASI), sebagai Nutrisi tambahan pada Ibu hamil dan balita, ia juga bertindak sebagai anti-tumor dan untuk orang tua ia akan memberi nutrisi tambahan untuk kekuatan badan.

Rahsia Minyak Zaitun, Minyak 1001 Manfaat

Minyak Zaitun didapati dari tumbuhan yang boleh hidup selama 500 tahun ini mempunyai 1001 kebaikan terutama dalam bidang perubatan, kosmetik dan herba.

Salah seorang wanita yang sangat tersohor karena wajah cantik dan kulit yang begitu mulus adalah Ratu Cleopatra. Sebagai Ratu Mesir di zaman kuno sudah pasti penting untuk merawat kesehatan maupun kecantikan dirinya sendiri. Bukan hanya dia, banyak artis di Indonesia yang mengakui bahwa kecantikan diri yang didapat adalah hasil bantu dari minyak zaitun.

Kelebihan minyak zaitun yang paling utama ialah ia dapat mejaga jantung kita agak sentiasa sihat ia juga dapat meningkatkan kadar kolesterol baik atau HDL selain dapat menurunkan berat badan, mencegah kanser, mencegah osteoporosis (reput tulang), mengatasi rambut gugur dan botak, juga dapat mengatasi bibir kering dan pecah mengurangi dan memulihkan radang sendi, menurunkan kadar glukosa dalam darah, penangkal radikal bebas, memperbaiki kualiti ASI, mengurangi risiko diserang kanser rahim, colon, kulit dan lambung, mengubati penyakit buasir ia juga dapat membasmi kutu di rambut, melambatkan penuaan dan lain-lain lagi

Rahsia Gambir Memperkasakan Lelaki Sejati

Gambir atau nama saintifiknya ‘Uncaria Gambier’ biasa ditemui di hutan kebanyakan negara, khasnya di hutan di Nusantara, India dan China. Tumbuhan manjalar itu mempunyai daun berbentuk lebar manakala bunganya kuning. Kandungan utama herba itu ialah tannin yang mempunyai astrigen. Wujud rekod membuktikan gambir digunakan sejak dulu sebagai penawar bisa gigitan ular dan krim penyembuh kesan kebakaran pada kulit manakala dalam masyarakat Cina purba, tumbuhan itu digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser (kudis) selain membuang angin dalam badan.

Sebenarnya, gambir adalah satu daripada tujuh spesies daripada keluarga tumbuhan Uncaria yang ada di Sarawak. Di negara lain wujud beberapa spesies lagi daripada keluarga Uncaria yang mempunyai kandungan serupa dengan gambir tempatan. Kajian di China mendapati, tumbuhan ‘Uncaria Ramulus’ contohnya mampu melegakan otot tegang, melebarkan pembuluh darah, menurunkan tekanan darah, merawat hipertensi dan pening kepala selain sawan.

Namun di Sarawak, gambir dipercayai mempunyai kehebatan lain kerana ia digambarkan mampu ‘memperkasakan’ lelaki ketika hubungan kelamin. Lazimnya batang gambir dikerat bagi mengeluarkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dipotong dalam bentuk kepingan kecil dan untuk menggunakannya, pengamal terutama lelaki perlu mencampurkan kepingan herba itu dengan air bagi membolehkannya disapu pada bahagian kemaluan lelaki.



Lantas adakah Gambir Emas bahaya atau tidak?

Jika melihat kepada fakta yang mana Gambir Emas ini telah mendapat kelulusan dari KKM maka adalah boleh untuk disimpulkan dengan jelas bahawa persoalan Gambir Emas bahaya adalah tidak benar dan besar kemungkinan hanyalah andaian dan tohmahan daripada pesaing produk yang serupa atau yang berfungsi yang sama.

Melihat kepada bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan produk Gambir Emas, kelihatan bahawa kesemua bahan tersebut adalah alam semulajadi atau asli. Sudah tentu tidak ada unsur-unsur bahan kimia berbahaya dalam kandungan Gambir Emas.

Maka jawapan yang boleh kita pegang dari persoalan Gambir Emas bahaya atau tidak ialah jelas. Jawapannya ialah Gambir Emas tidak bahaya malah memberikan kebaikan kepada pengamalnya.

Jika anda  berminat untuk order Gambir Emas anda boleh order di ORDER GAMBIR EMAS ONLINE

Isnin, 6 Mac 2017

Isnin, Mac 06, 2017

Tukang Urut Tradisional Di Tamparuli

Tukang Urut Tradisional di Tamparuli. Lebih kurang tiga (3) minggu yang lepas, saya mengalami sakit-sakit badan. Terfikir untuk minta urut tulang dan urat. Kedai atau tukang urut tradisional tersebut dijalankan seorang lelaki yang berumur lebih kurang 50 tahun ke atas.

Saya telah diberitahu sebelum ini yang ada satu tukang urut tradisional yang baik di pekan Tamparuli. Sebelum ini pun saya pernah hantar wife untuk berurut di sana. Rasanya tukang urut tersebut memang bagus.

Masalah tersalah urat di bahagian belakang wife saya telah reda selepas berurut di sana.

 
Jika anda hendak ke sana memang agak susah mencari lokasinya kerana kedainya tidak mempunyai papan tanda. Yang baiknya, kedai-kedai sekitarnya tahu mengenai dimana lokasi kedai tukang urut tradisional tersebut. Anda hanya perlu tanya mereka sahaja untuk tunjuk arah.

Lokasi kedainya terlekat berdepan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seberang jalan di pekan Tamparuli.

Biasanya masa yang di ambil untuk urut adalah antara 5 hingga 10 minit sahaja. Melihat kepada jumlah orang ramai yang datang minta perkhidmatan urut di kedai tersebut.

Jika anda memerlukan perkhidmatan urutan tradisional kedai ini dibuka dari hari Ahad - Jumaat setiap hari dan tutup pada hari Sabtu.

Mengenai bayaran pula pengunjung/pelanggan tidak dikenakan bayaran tetap untuk perkidmatannya. Bayarannya ialah terpulang kepada budibicara pelanggan untuk memberi. Saya biasanya memasukkan wang dalam sampul awal-awal sebelum datang ke kedai tersebut.

Jika anda memerlukan perkhidmatan urutan tradisional bolehlah berjumpa dengan beliau. Antara perkhidmatan yang diberikan ialah urutan salah urat, tulang terseliuh, urutan membetulkan peranakan wanita dan urutan selepas bersalin.

Anda juga boleh bertanyakan secara terus dengan beliau bahan-bahan herba untuk tujuan perubatan tradisional untuk penyakit-penyakit tertentu. Beliau juga mempunyai pengetahuan yang luas mengenai perubatan tradisional.

Khamis, 5 Januari 2017

Khamis, Januari 05, 2017

Adakan Cuci Kain Di Mesin Dobi Layan Diri Bersih?

Mungkin ramai antara kita yang gemar pergi cuci kain di mesin dobi layan diri. Ianya memang mudah kerana anda hanya perlu masukkan kain yang hendak dicuci, masukan duit siling dan tekan butang start. Tunggu 30 minit, kain anda sudah siap dicuci.

Tapi adakah anda pernah tertanya-tanya soalan ini, adakah kain yang anda cuci itu sudah bersih seperti yang anda harapkan? Saya pernah tanya diri sendiri soalan ini sewaktu menggunakan self-services laundry machine di kedai dobi.

Kerana ingin tahu saya buat sedikit penyelidikan. Caranya senang sahaja, selepas mesin tersebut selesai cuci kain yang saya sumbat masuk dalam tadi, saya angkat balik rumah dan membilasnya sekali lagi dalam baldi besar. Hasilnya, selepas semuanya selesai dibilas, saya mendapati air dalam baldi tersebut amatlah kotor dengan bermacam-macam kotoran yang sukar dilihat dengan mata kasar tertinggal dalam air di baldi tadi.

Photo: mudah.com.my
Antaranya ialah benda macam pasir, cebisan-cebisan halus benang, rambut dan sebagainya. Kesimpulan yang saya buat ialah kain yang anda cuci tersebut tidaklah besih seperti yang anda harapkan.

Bayangkan jumlah pengguna yang menggunakan mesin yang sama, dengan bermacam-macam kotoran yang melekat dan tertanggal dalam mesin cuci tadi, akhirnya melekat pula ke kain yang anda cuci. Ini kerana kotoran-kotoran tersebut tidak habis mengalir bersama air semasa proses 'Drain' dalam mesin cuci kerana mesin-mesin cuci layan diri ini tidak banyak menggunakan air.

Kotoran-kotoran tersebut kemudiannya melekat di seluruh liang-liang dan dinding di mesin basuh dan bila anda cuci kain anda ianya kemudiannya tertanggal dan melekat ke kain anda.

Bayangkan jika pengguna terdahulu kainnya amat kotor, atau menghidap penyakit kulit. Bukankan sisa penyakit kulit itu kemudiannya akan berjangkit ke kain cucian anda dan bila anda pakai, maka kemungkinan anda dijangkiti amat tinggi juga?

Atas semua situasi yang saya sebut di atas, kita berbalik kepada soalan asal. Adakah kain yang anda cuci di self-service laundry machine itu bersih? Secara peribadi selepas apa yang saya alami maka jawapan saya sudah tentu "TIDAK".

Atas alasan itu juga sekarang saya tidak pernah lagi menggunakan mesin-mesi dobi layan diri.

Selasa, 3 Januari 2017

Selasa, Januari 03, 2017

Berapa Harga Rokok ERA Terkini Di Labuan

Berapa harga terkini rokok ERA di Labuan? Baru-baru ini disebarkan melalui Whatsapp yang harga rokok ERA akan naik pada tahun 2017 ini ke RM10 sekotak.

Benarkah begitu? Jika ini benar maka itu bermakna harga pasaran runcit selepas cukai rokok jenama ERA akan dinaikkan ke RM10.

Satu kenaikan yang agak besar dan membebankan kepada para perokok tegar.

Kenaikan ini juga bermaksud akan ada rokok jenama baru bakal muncul dalam pasaran tidak lama lagi. Ini kerana rokok yang baru diperkenalkan sudah pasti harganya agak rendah berbanding jenama yang sudah agak popular di kalangan perokok.

Kenaikan ini juga bermakna akan bertambah kegiatan penyeludupan rokok kerana rokok seludup kononnya harganya  lebih murah kerana tiada dikenakan cukai. Fakta ini hanyalah spekulasi kerana saya sendiri bukan perokok tegar dan jarang beli rokok. Haha...

Jadi isu hari ini ialah siapa yang tahu harga terkini harga rokok jenama ERA dari Labuan? Mohon kongsikan di sini di bahagian komen maklumat tersebut untuk informasi bersama.

Rabu, 14 Disember 2016

Rabu, Disember 14, 2016

Cuba Dulu Cosway Omega-3 Fish Oil

Siapa pernah ambil suplemen kesihatan minyak ikan? Kalau ada nanti boleh share pengalaman anda di bahagian komen. Dah lama kawan-kawan beritahu minyak ikan ini baik untuk kesihatan.

Hari ini terfikir nak cuba suplemen ini. Mana tahu atas kehendak tuhan ianya bermanfaat untuk kesihatan.

Tadi keluar makan dengan rakan sekerja di restauran Serai Wangi di King Fisher, singgah sebentar di kedai Cosway beli minyak ikan.

Harganya agak mahal iaitu RM80+ sekotak dengan isi sebanyak 50 kapsul. Selepas diskaun membership Cosway dapatlah beli minyak ikan ini dengan harga RM60 sekotak.

Masih agak mahal tetapi kesihatan itu penting juga betul atau tidak? Kesihatan tidak boleh diukur dengan wang ringgit.

Sebanyak-banyak harta yang kita ada, harta yang paling bernilai ialah kesihatan tubuh.

Menurut maklumat, minyak ikan ini baik untuk membantu menurunkan kandungan kolestrol jahat dalam tubuh. Kolestrol berlebihan tidak baik dan pencetus kepada berbagai masalah kesihatan.

Oklah, dah panjang pula post ini.

Selasa, 13 Disember 2016

Selasa, Disember 13, 2016

Digital LCD Strap-hand Pedometer Untuk Gaya Hidup Aktif

Sejak dua menjak ini macam gaya hidup aktif dan sihat menjadi tumpuan dan keutamaan. Mungkin sebab umur semakin bertambah maka kesedaran tentang kesihatan juga turut meningkat.

Macam juga bila semakin berumur kita semakin rajin ke gereja atau masjid berbanding masa kita remaja dulu.

Minggu lepas saya telah membeli secara online sejenis alat untuk mengukur atau mengira langkah kaki kita setiap hari. Dalam bahasa Inggeris sering juga dirujuk sebagai 'Pedometer'.

Matlamat aku ialah nak capai 6000 jumlah langkah setiap hari. Jadi rasanya penting untuk mengetahui berapa jumlah  langkah kita berjalan setiap hari. Kalau boleh minimum adalah antara 6000 - 10,000 langkah setiap hari.

Alat ini Digital LCD Pedometer (Strap-hand) telah sampai hari ini. Aku order online dengan Lazada.com. Made in China juga, mudah-mudahan taklah cepat rosak. Hehe

Saya ada cuba juga cari alat ini di sekitar Kota Kinabalu tapi tak jumpa. Nasib baik ada dengan Lazada.com, harganya pula ialah RM16 sahaja.

Harap-harap bolehlah aku mulakan gaya hidup aktif dan sihat selepas ini.

Jumaat, 8 Februari 2013

Jumaat, Februari 08, 2013

Does Diet Soda Make You Drunk Faster?

diet sode mixed drink, diet sode gets your drunk faster
Does Diet Soda makes you drunk faster? The answer is a big YES. This is based on the recent studies and findings from research conducted by Northern Kentucky University.

How drunk you get could boil down to the simple choice of whether or not you mix diet soda or regular with your vodka or rum, a new study finds.

Men and women ages 21 to 33 who drank vodka mixed with diet soda had breath alcohol concentrations that were 18% higher after 40 minutes compared to those who drank the same amount of vodka mixed with regular soda.

Plus, after three or four drinks mixed with diet soda, subjects had breath alcohol levels that exceed the legal limit for driving. Those who drank regular soda in their cocktails did not.

The study, conducted by Northern Kentucky University in the US, was small: only eight men and eight women participated, attending three separate drinking sessions. But the findings do support earlier research that reached similar conclusions. A 2006 study suggests that artificial sweeteners in diet soda speed the absorption of alcohol.

Dennis L. Thombs, co-author of the latest study, noted that the stomach seems to treat sugar-sweetened beverages like food, which delays the stomach from emptying.

"The best way to think about these effects is that sugar-sweetened alcohol mixers slow down the absorption of alcohol into bloodstream," he explains. "Artificially sweetened alcohol mixers do not really elevate alcohol intoxication. Rather, the lack of sugar simply allows the rate of alcohol absorption to occur without hindrance."

The findings will be published in the April issue of Alcoholism: Clinical & Experimental Research and are currently.

A 2007 study found that alcohol was absorbed far more quickly when mixed with carbonated beverages when compared to flat mixers, such as orange or cranberry juices.

Source: RelaxNews