Selasa, 30 Januari 2018

Selasa, Januari 30, 2018

Free Seminar Forex Malaysia Di Penang Sesi March 2018

Free Seminar Forex Malaysia di Penang Sesi March 2018. Seminar ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar dan dan panduan secara percuma kepada semua trader forex di Penang.


Dalam sesi jelajah free seminar forex Malaysia di Penang ini seminar Forex and CFD secara percuma iaitu forex workshop selama satu hari bertajuk "Strategi Pelaburan Dalam Dagangan Online" akan diadakan khas untuk pelanggan-pelanggan XM Forex di Penang, Malaysia.

Jika anda berminat untuk mengikuti seminar forex secara percuma ini anda mestilah seorang ahli/pelanggan XM Malaysia. Untuk mendaftar sila daftar terus secara percuma di laman website rasmi XM Malaysia.

Berikut ialah maklumat sesi Free seminar forex Malaysia di Penang. Pastikan anda jangan terlepas peluang ini. Pelanggan forex digalakkan menyertai free forex workshop malaysia ini. Kepada yang berminat dalam dagangan forex dan berminat untuk mengikuti free forex seminar Malaysia di Penang ini anda dipelawa datang tetapi anda mesti menjadi ahli terlebih dahulu. Daftar untuk menjadi ahli/pelanggan di XM Malaysia.

Free forex seminar Malaysia di Penang ini adalah percuma. Anda tidak perlu membayar 1 sen pun.

Tempat: Penang
Lokasi: Hotel Cititel
Instruktor: En. Zulle Razak
Tarikh: 31 Mac 2018
Waktu: 09:00 - 17:00
Bahasa: Melayu

Makanan tengahari akan disediakan kepada semua peserta dan mereka juga berpeluang untuk bertemu dengan pasukan XM yang berada di lokasi.
Perlukan maklumat lebih lanjut mengenai XM Forex? Layari laman website rasmi XM Malaysia.
Selasa, Januari 30, 2018

FREE Seminar Forex Malaysia Di Sabah Sesi March 2018

Free Seminar Forex Malaysia Di Sabah Sesi March 2018. Seminar ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar dan dan panduan secara percuma kepada semua trader forex di Sabah.

Terkini:  Seminar Forex Percuma XM di Sabah - Tinggal 20 Tempat Untuk Seminar Percuma Sabah. Kepada yang belum mendaftar silan daftar segera hari ini!



Dalam sesi jelajah free seminar forex Malaysia di Sabah ini seminar Forex and CFD secara percuma iaitu forex workshop selama satu hari bertajuk "Strategi Pelaburan Dalam Dagangan Online" akan diadakan khas untuk pelanggan-pelanggan XM Forex di Malaysia yang berasal dari Sabah.

Jika anda berminat untuk mengikuti seminar forex secara percuma ini anda mestilah seorang ahli/pelanggan XM Malaysia. Untuk mendaftar sila daftar terus secara percuma di laman website rasmi XM Malaysia.

Berikut ialah maklumat sesi Free seminar forex Malaysia di Sabah. Pastikan anda jangan terlepas peluang ini. Pelanggan forex digalakkan menyertai free forex workshop malaysia ini. Kepada yang berminat dalam dagangan forex dan berminat untuk mengikuti free forex seminar Malaysia di Sabah ini anda dipelawa datang tetapi anda mesti menjadi ahli terlebih dahulu. Daftar untuk menjadi ahli/pelanggan di XM Malaysia.

Free forex seminar Malaysia di Sabah ini adalah percuma. Anda tidak perlu membayar 1 sen pun.

Tempat:SABAH
Lokasi: Hotel Grandis
Instruktor: En. Zulle Razak
Tarikh: 10 Mac 2018
Waktu: 09:00 - 17:00
Bahasa: Melayu

Satu lagi - makanan tengahari akan disediakan kepada semua peserta dan mereka juga berpeluang untuk bertemu dengan pasukan XM yang berada di lokasi.

Perlukan maklumat lebih lanjut mengenai XM Forex? Layari laman website rasmi XM Malaysia.

Khamis, 16 November 2017

Khamis, November 16, 2017

Panduan Permohonan Ke Tingkatan 1 2018 Online

Tentu ramai yang tengah tunggu keputusan UPSR untuk diumumkan tahun ini. Dalam masa menunggu itu, ramai juga yang sedang merancang sekolah mana untuk mendaftarkan anak-anak mereka untuk Tingkatan 1.


Tentu ramai yang mengidamkan mendaftarkan anak mereka ke sekolah yang terdekat dengan rumah anda. Iyalah, jika sekolah anak-anak kita dekat dengan rumah senang nak pantau dan hantar pergi balik. Tentu kos menghantarnya lebih murah dan juga jimatkan masa.

Paling best jika dapat sekolah sebelah rumah jer, jalan kaki ke sekolah pun boleh.

Masihkah anda ingat, kalau dulu untuk memohon memasuki Tingkatan 1 anda perlu ke sekolah itu sendiri untuk memohon. Bila dah dapat result UPSR anda akan bawa slip UPSR anda dan memohon ke sekolah yang diidamkan.


Tetapi sekarang ini untuk memohon ke Tingkatan 1 anda boleh menggunakan borang permohonan applikasi online yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Anda boleh melayari laman portal rasmi SPS di https://public.moe.gov.my/?kpm=

Menggunakan borang permohonan online ini memanglah mudah dan cepat. Ini kerana anda boleh sahaja applikasi online tersebut dari rumah anda atau dari mana-mana sahaja.

Untuk menggunakan applikasi permohonan online ini pihak KPM juga ada menyediakan panduan tatacara penggunaannya. Anda boleh download cara atau panduan permohonan online ke Tingkatan 1 untuk mengelak sebarang kesilapan semasa menggunakan sistem tersebut.

Anda dinasihatkan untuk download panduan permohonan ini sebelum menggunakan portal yang disediakan untuk mengelakkan berlaku kesilapan semasa memohon di portal pendaftaran Tingkatan 1 online nanti.

Selamat memohon memasuki Tingkatan 1, semoga kejayaan sentiasa menjadi milik anda.

Selasa, 7 November 2017

Selasa, November 07, 2017

Panduan Dan Cara Daftar MUET - Sesi March 2018

Mungkin ramai yang berhasrat menduduki peperiksaan MUET tahun ini. Panduan dan cara daftar MUET ini mungkin berguna untuk anda. Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada menyiarkan maklumat mengenai tarikh pendaftaran MUET tahun ini.

Sila rujuk gambar di bawah seperti mana yang telah disiarkan di laman portal rasmi KPM minggu lepas sebagai panduan anda.

Cara Daftar MUET

Untuk menduduki peperiksaan MUET anda memerlukan sedikit ilmu dan persedian supaya anda boleh score keputusan yang baik.

Anda digalakkan untuk membaca tips seperti MUET Exam Tips dan juga MUET Speaking Exam Tips yang rasanya menyediakan kupasan menarik mengenai persediaan menghadapi peperiksaan MUET.

Diharapkan panduan dan cara daftar MUET ini dapat membantu anda sedikit sebanyak nanti.

Khamis, 2 November 2017

Khamis, November 02, 2017

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Which idiot took that course anyway? Jenis SPM takde A

Mungkin isu dan tweet ini sudah lama tetapi mungkin masih releven untuk disorot semula dan difikirkan kembali terutama dalam bidang pengajian pendidikan awal kanak-kanak. Dalam tweet ini kelihatan tuan punya tweet seperti memandang rendah bidang kerjaya dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.


Seperti yang kita tahu bahawa kursus dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak semakin hangat dan disukai ramai oleh kebanyakan pelajar lepasan SPM di Malaysia. Ini mungkin kerana pertambahan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dan juga pertambahan jumlah institusi pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara sama ada yang dikendalikan oleh kerajaan mahupun oleh pihak swasta.

Apa pula pendapat anda mengenai tweet di atas yang mengatakan "Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Which idiot took that course anyway? Jenis SPM takde A" Tentu ramai yang kurang setuju.

Sepertimana respon dari Suuzy Yanna di bawah:
let me tell u all a story ..

saya seorang pelajar diploma jurusan pendidikan awal kanak-kanak di kolej swasta di KL . kalau nak ceritakan kelebihan ambik course ni mungkin still tak layak lagi . sebab saya baru semester 6 daripada 8 semester . still ada 2 semester . tapi , saya boleh ceritakan serba sedikit pengalaman diri sendiri bila ambik course ni . 
mula-mula ambik course ni dulu memang rasa tak dak hala tuju . rasa macam , "eh, kenapa aku ambik yang ni? macam la xdak course lain" . that time rasa rendah diri sangat bila tengok kawan-kawan semua ambik course yang besar-besar macam akaun (saya course akaun masa form 4 & 5), ekonomi , medik , engineering semua . kadang-kadang rasa menyesal ambik course ni . orang sekeliling pon selalu pandang rendah bila dapat tau saya amik course ni . depa pon selalu la tanya sambil buat muka sinis , "kenapa amik course tu ? minat budak ka ? nak jadi cikgu tadika ka ?" di sini saya nak bagitau dekat semua , memang dulu saya menyesal , tapi sekarang saya bangga saya ambik course ni . sebab semakin banyak ilmu yang saya dapat , semakin saya kagum dengan para guru and ibu bapa . childhood education jugak dah ubah hidup saya daripada tak suka budak (sebab saya tak ada adik) , tak boleh tolerate dengan budak , sampai saya rasa sayang sangat dengan budak and boleh cakap and handle perangai budak dengan sabar . dan untuk pengetahuan semua jugak, skop untuk childhood education jugak bukan hanya setakat jadi cikgu tadika . fyi, kami di sini belajar tentang semua benda , daripada baby dalam perut sampai ke alam remaja . daripada ilmu parenting sampai ke medik diteruskan dengan perubatan untuk orang-orang kurang upaya . tak lupa jugak , kami jugak belajar pasai bisnes . kami ada peluang kerja yang luas bukan saja cikgu tadika tapi penasihat kekeluargaan , pakar kaunseling , trainer fisioterapi , boss di tadika sendiri and macam-macam lagi yang berkaitan dengan kanak-kanak , penyakit kanak-kanak and psikologi sebab childhood education adalah tiket permulaan ke bidang psikologi . so , janganlah pandang cikgu tadika ni tak dak mata . jangan la berbangga kalau awak ambik course-course yang hebat sebab semuanya bermula daripada cikgu tadika . dia la yang mula ajar ABC 123 dekat kita sampai kita boleh berjaya sampai sekarang . btw , lelaki jugak janganlah nak perlekeh kengkawan lelaki anda yang ambik childhood education sebab honestly saya cakap , saya tabik lelaki yang ambik childhood education sebab lelaki yang ambik childhood education ada potensi jadi bapak yang baik untuk anak-anak depa nanti . bukan saya nak promot course ni . tapi ni based on pengalaman yang saya tengok daripada kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah lelaki saya sendiri . bukan la nak cakap laki yang tak ambik childhood education ni tak bagus . ada ja yang bagus . tapi sebab saya tengok sekarang ni ramai sangat yang suka perlekeh golongan macam kami (termasuk orang bawah tu) . sedangkan kita tak tau yang mungkin orang yang ambik childhood education ni lebih bagus daripada anda walaupun kerja depa biasa-biasa , gaji depa tak berkepuk macam anda . so , jangan la terlalu sombong dengan apa yang anda ada sebab Allah boleh tarik balik apa yang anda ada bila-bila masa ja . sekian tazkirah malam ni . semoga orang yang suka memperlekehkan orang lain tu diberi hidayah . btw , last but not least , untuk pengetahuan semua , kalau tak salah saya Malaysia sekarang dah buat syarat semua yang bakal jadi ibu bapa pergi kelas parenting sebab banyak sangat kes dera budak zaman sekarang . so , disini anda akan nampak , pentingnya course chilhood education zaman sekarang . terima kasih sudi luang masa membaca . selamat hari guru . hari-hari hari guru .

Sebaiknya kita jangan memandang rendah mana-mana bidang pekerjaan kerana semuanya mempunyai fungsi masing-masing. Seperti mana cerita mengenai President Amerika John F. Kennedy  ketika melawat NASA, beliau terserempak dengan sorang 'cleaner' yang sedang menyapu lantai lalu beliau bertanya "Apa yang sedang kamu buat ketika ini?"  Cleaner tersebut menjawap " Saya sedang membantu menghantar sesorang ke bulan". Semuanya ada fungsi masing-masing yang tidak kurang pentingnya.